Bomba Perjelas Sebab Pakai Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah

Bomba Perjelas Sebab Pakai Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bomba Perjelas Sebab Pakai Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bomba Perjelas Sebab Pakai Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah
link : Bomba Perjelas Sebab Pakai Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah

Baca juga


Bomba Perjelas Sebab Pakai Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah

Putrajaya - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membidas kenyataan biadab seorang wanita berhubung isu anggotanya tidak buka kasut ketika menjalankan tugas di rumah bapanya.

Pihak JBPM dalam satu kenyataan malah menjelaskan bahawa kasut adalah salah satu alat keselamatan kepada seorang penyelamat yang tidak boleh ditanggalkan sesuka hati.

“Pemakaian kasut ketika di dalam operasi adalah satu P.P.E (Personal Protecting Equipment) kepada seorang penyelamat, oleh hal demikian kebiasaannya anggota bomba akan meminta kebenaran tuan empunya rumah untuk memakai kasut.

“Anggota bomba juga bertimbang rasa dalam aspek keselamatan dan juga kebersihan rumah, jika menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap mungkin anggota boleh membuka kasut tetapi tiada kompromi dari segi keselamatan bagi menangkap haiwan yang berbisa.

“Jika anda diberi pilihan ancaman atau keselamatan yang mana anda utamakan?” soal pihak JBPM menerusi satu posting di Facebook rasmi jabatan itu yang disiarkan semalam.

Kenyataan itu mendapat sokongan banyak pihak yang merasakan wanita berkenaan agak melampau dalam mempersoalkan kesungguhan pihak berkenaan.

“Lepas ni klau ada org col nk tngkap binatang berbisa, kna tnya dlu kna buka kasut ke x. klau dia ckp kna bka kasut hrap pihak bomba or jpam bgtaw suh pngil nurse or cikgu je y p tngkap,” sindir pengguna bernama Zare Meer.

Wan Quzaiah pula berkata; “habis kalo umah ko terbakor kene tanggal kasut jugak la nak padam api kat dalam tuh…..huh!!…kalo polis kejar penjahat masuk umh ko dgn pakai kasut..mesti Ko keluar status ‘BUKAN BOMBA PON NK TANGKAP ULAR’.”

Wanita berkenaan pada asalnya mempertikai tindakan pasukan bomba yang tidak membuka kasut ketika operasi menangkap ular sawa di kediaman bapanya.

“Datang tangkap ular sawa di rumah ayah saya, geramnya dengan tak buka kasut (terus) naik atas rumah, alasan sebab tugas gila ka bomba ni?” tulis wanita berkenaan di laman Facebook miliknya.

Ekoran kejadian tersebut, JBPM telah memuat naik satu artikel tentang etika pemakaian kasut selain memuat naik apa “kegunaan kasut”.



Demikianlah Artikel Bomba Perjelas Sebab Pakai Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah

Sekianlah artikel Bomba Perjelas Sebab Pakai Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bomba Perjelas Sebab Pakai Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/bomba-perjelas-sebab-pakai-kasut-ketika.html

Subscribe to receive free email updates: