Bot bawa 12 pemancing dilapor tak dapat dikesan

Bot bawa 12 pemancing dilapor tak dapat dikesan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bot bawa 12 pemancing dilapor tak dapat dikesan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bot bawa 12 pemancing dilapor tak dapat dikesan
link : Bot bawa 12 pemancing dilapor tak dapat dikesan

Baca juga


Bot bawa 12 pemancing dilapor tak dapat dikesan

MALAYSIAKINI


Sebuah bot berpangkalan di Kampung Geobilt di Kuching yang membawa tiga kru dan 12 pemancing dilaporkan tidak dapat dikesan selepas terputus hubungan dengan pemiliknya malam tadi.

Pengarah Daerah Maritim Kuching, Kapten (M) Shahref Steve Mac Queen
Abdullah berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik  bot ‘Sea Wonder’ itu yang dikenali sebagai Alice Lim kira-kira 8.15 malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilancarkan.

Beliau berkata pemilik mengesyaki bot berkenaan mengalami kerosakan dan kali terakhir Lim menghubungi bot itu ialah pada 4 petang semalam semasa ia berada pada kedudukan kira-kira 82 batu nautika timur laut Tanjung Po.

Menurutnya tiga kru itu dikenali sebagai Phoo Kie Kuang (tekong), Kandas, dan Ariffin manakala 12 pemancing tidak dapat disahkan kerana ketiadaan senarai penumpang.

“Sebagai ingatan kepada seluruh komuniti maritim, terutama kepada pengusaha-pengusaha bot pemancing serta peminat aktiviti riadah memancing di Sarawak, mereka disaran untuk memaklumkan kepada Maritim Malaysia setiap kali keluar ke laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Berikan maklumat lengkap mengenai jadual pelayaran, lokasi-lokasi memancing, nama kru dan penumpang beserta maklumat lanjut seperti alamat, kad pengenalan, dan nombor telefon kecemasan untuk dihubungi bagi memudahkan pihak Maritim Malaysia mengambil tindakan lanjut dengan segera (sekiranya berlaku sebarang kecemasan),” tambahnya.

Shahref turut meminta anggota keluarga atau sahabat handai 12 pemancing berkenaan untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak dengan menelefon 082-432544 bagi membantu siasatan mengenal pasti identiti mereka lebih lanjut.- Bernama



Demikianlah Artikel Bot bawa 12 pemancing dilapor tak dapat dikesan

Sekianlah artikel Bot bawa 12 pemancing dilapor tak dapat dikesan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bot bawa 12 pemancing dilapor tak dapat dikesan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/bot-bawa-12-pemancing-dilapor-tak-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: