Bukan Setakat Permatang Pauh, PAS Akan Tanding Semua Kerusi PKR

Bukan Setakat Permatang Pauh, PAS Akan Tanding Semua Kerusi PKR - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan Setakat Permatang Pauh, PAS Akan Tanding Semua Kerusi PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan Setakat Permatang Pauh, PAS Akan Tanding Semua Kerusi PKR
link : Bukan Setakat Permatang Pauh, PAS Akan Tanding Semua Kerusi PKR

Baca juga


Bukan Setakat Permatang Pauh, PAS Akan Tanding Semua Kerusi PKR






Bukan hanya di Parlimen Permatang Pauh, PAS juga berhasrat bertanding di semua kerusi yang ditandingi PKR sebelum ini, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ini kerana kata Mohd Amar hubungan tahaluf siyasi dengan PKR telah terputus, maka PAS berhak bertanding di semua kerusi yang difikirkan perlu.


“Kita lawan, lawan tetap lawan, menang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu, Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.

“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah…itu terserah kepada kita,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian Online.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, PAS tidak mempunyai masalah mencari calon untuk berdepan dengan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Di Permatang Pauh, calon ramai jadi tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata, PAS kini sedang melakukan kajian untuk meletakkan calon di kawasan berpotensi menang pada PRU14 termasuk di kerusi milik DAP.

“Kita sedang membuat kajian selain daripada kerusi tradisi.

“Kita akan kaji kerusi PKR dan DAP,” katanya.

Baru-baru ini Naib Presiden PAS Idris Ahmad melancarkan jentera pilihan raya parti Islam itu di Permatang Pauh yang sinonim dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang yang mengatakan PAS cuba melakukan provokasi.

Semalam, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin yang baru dilantik sebagai pengarah pilihan raya gabungan itu mengatakan mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan pertembungan tiga penjuru pada PRU14.

PAS kini menubuhkan Gagasan Sejahtera yang akan berdepan dengan Barisan Nasional (BN) dan PH pada PRU14.



Demikianlah Artikel Bukan Setakat Permatang Pauh, PAS Akan Tanding Semua Kerusi PKR

Sekianlah artikel Bukan Setakat Permatang Pauh, PAS Akan Tanding Semua Kerusi PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan Setakat Permatang Pauh, PAS Akan Tanding Semua Kerusi PKR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/bukan-setakat-permatang-pauh-pas-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :