Dr Mahathir pengerusi Pakatan, Anwar Ketua Umum

Dr Mahathir pengerusi Pakatan, Anwar Ketua Umum - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir pengerusi Pakatan, Anwar Ketua Umum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir pengerusi Pakatan, Anwar Ketua Umum
link : Dr Mahathir pengerusi Pakatan, Anwar Ketua Umum

Baca juga


Dr Mahathir pengerusi Pakatan, Anwar Ketua Umum

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic


PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad diumum sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum, jawatan yang sama disandang beliau dalam PKR.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dilantik sebagai presiden gabungan empat parti pembangkang itu.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PH.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat majlis presiden yang berlangsung lebih empat jam di ibu pejabat PKR di sini, malam tadi.

Dr Mahathir yang membacakan struktur kepimpinan gabungan itu turut mengumumkan empat naib presiden Pakatan Harapan iaitu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM). Chong Chieng Jen (DAP) dan Salahuddin Ayub (Amanah.)

Bagi jawatan ketua setiausaha, gabungan itu sebulat suara melantik semula Datuk Saifuddin Abdullah (PKR), manakala M Kula Segaran (DAP) diumumkan sebagai bendahari.

Gabungan itu juga malam tadi turut memuktamadkan pemilihan logo yang akan dihantar bersama senarai struktur kepimpinan mereka kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), dalam tempoh kurang seminggu.

"Kita akan hantar sejurus kita lengkapkan yang belum habis lagi, struktur sudah ada, tinggal lagi ada butiran lanjut yang akan dimasukkan dan kita akan terus hantar ke RoS bersama logo," kata Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM.



Demikianlah Artikel Dr Mahathir pengerusi Pakatan, Anwar Ketua Umum

Sekianlah artikel Dr Mahathir pengerusi Pakatan, Anwar Ketua Umum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir pengerusi Pakatan, Anwar Ketua Umum dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/dr-mahathir-pengerusi-pakatan-anwar.html

Subscribe to receive free email updates: