Judul : Elak buka pekung didada, kata veteran Umno
link : Elak buka pekung didada, kata veteran Umno
Elak buka pekung didada, kata veteran Umno
Oleh Ahmad Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Veteran Umno, Datuk Mat Yasir Ikhsan menggesa budaya mendedahkan kelemahan sesama pemimpin samada yang masih ahli ataupun tidak, perlu dielakkan kerana ia hanya akan merendahkan martabat masing-masing.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak terlalu lantang mengkritik kerajaan, jika tidak perkara yang sama boleh dikenakan terhadap beliau.
"Kita (Umno) sebenarnya banyak kekuatan dan kelemahan, itu satu, yang kedua ialah ada daripada kita ni yang yang berada diberlainan "kem".
"Sepatutnya rahsia-rahsia yang ada pada diri kita tidak wajar didedahkan walaupun oleh sesiapa oleh pembangkang atau Dr Mahathir yang nampaknya telah menyertai pembangkang", katanya ketika dihubungi oleh Antarapos.
Beliau turut berpendapat, perbuatan itu juga tidak menunjukkan keperibadian murni bagi mana-mana ahli politik yang beragama Islam.
"Tapi kita sebagai orang islam yang sembahyang dan menghadap kiblat yang sama, kita seharusnya (berkelakuan) lebih tinggi daripada itu, dan tinggi dari segi isu kelemahan-kelemahan diri itu.
"Kita sebagai orang islam kita perlu tunjukkan bahawa yang kita boleh mengatasi benda-benda ini dengan mewujudkan permuafakatan, samada dimulakan oleh kerajaan pemerintah ataupun pihak pembangkang," katanya.
Mat Yasir juga melihat Dr Mahathir secara tidak langsung telah merendahkan martabatnya apabila beliau dilihat lantang mengkritik kerajaan bekas pimpinannya itu.
"Tidak harus perkara ini dibuat bagi saya, sesiapa yang lakukan demikian termasuklah Tun Mahatir, sebenarnya dia merendahkan martabat dia sendiri sebagai seorang yang beragama Islam.
"Ada nas dalam Islam yang mengatakan jangan sesekali kita mendedahkan kelemahan orang lain dihadapan orang ramai jadi nilai (martabatnya) sangat rendah
"Itu sebabnya saya selalu kata bahawa sepatutnya agama kita mengatasi ideologi politik," katanya lagi.
Beliau dalam masa yang sama melihat budaya mendedahkan kelemahan dan mengungkit 'luka lama' ini akan memberikan kesan yang buruk kepada bangsa Melayu khususnya.
"Tidakkah yang ruginya adalah bangsa Melayu? Padahal orang melayu ini sudah terlalu banyak sangat benda-benda negatif yang dikaitkan dengannya, jadi kalau boleh isu membangkitkan kembali luka lama ini sebaik-baiknya dihapuskan," ujar beliau.
Demikianlah Artikel Elak buka pekung didada, kata veteran Umno
Sekianlah artikel Elak buka pekung didada, kata veteran Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Elak buka pekung didada, kata veteran Umno dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/elak-buka-pekung-didada-kata-veteran.html