Ezam Keluar Parti Generasi Baru

Ezam Keluar Parti Generasi Baru - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ezam Keluar Parti Generasi Baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ezam Keluar Parti Generasi Baru
link : Ezam Keluar Parti Generasi Baru

Baca juga


Ezam Keluar Parti Generasi Baru






Presiden Parti Generasi Baru (NewGen) Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor telah meninggalkan parti itu dengan segera melalui satu notis yang bertarikh 1 Jun, kepada Setiausaha Agung parti S Gobi Krishnan.


“Saya dengan ini menyatakan hasrat saya untuk menarik balik diri saya dari Parti Generasi Baru yang berkesan dalam tarikh surat ini,” kata Ezam dilapor beritadaily.com.

Bekas senator itu berkata bahawa proses panjang menukar nama parti kepada Parti Bebas Rasuah adalah alasan di sebalik keputusannya keluar parti.

“Keputusan ini dibuat sejak menunggu selama dua bulan untuk mendapat kelulusan untuk menukar nama dan perlembagaan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS), kami masih tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Ini menjadikan kami sukar untuk bergerak ke hadapan sebagai sebuah parti yang secara khusus bertujuan untuk memerangi rasuah dan telah menghentikan agenda memerangi rasuah yang berada dalam keadaan kritikal di negara ini,” katanya.

Ezam berkata bahawa dia akan meneruskan perjuangannya menentang rasuah melalui Pusat Reformasi Hisbah (Hisbah) yang diketuainya.

Ini adalah kali ke-5 Ezam keluar daripada parti politik disertainya. Kali pertama pada 1998 apabila beliau keluar daripada UMNO dan menyertai PKR.

Beliau kemudiannya meninggalkan PKR pada 2007 dan menyertai Umno semula pada 2008. Pada Oktober 2016, beliau mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PPBM, sebelum meninggal parti diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Disember 2016.

Sementara itu, Setiausaha Agungnya S Gobi Krishnan berkata keputusan Ezam meninggalkan parti itu tidak menjejaskan perjuangan asal Parti Generasi Baru.

“Perjuangan New Gen sejak mula ditubuhkan hanya satu, iaitu untuk memberi peluang lebih kepada anak muda dan juga untuk membawa politik baharu jadi perjuangan itu tetap berterusan tidak kira siapa yang ada dan siapa yang keluar.

“Tidak terkesan sebab mereka masuk kerana mahu bawa parti ini ke arah melawan rasuah melalui penukaran nama juga sebab itu saya setuju sebab saya nampak ia satu jalan (haluan).

“Jadi bila nampak nama itu tidak diluluskan jadi saya rasa tidak guna juga mereka kekal, sebab mereka punya agenda berlainan,” katanya kepada Berita Daily.

Gobi berkata demikian dalam masa sama mengesahkan surat peletakan jawatan dan keluar parti yang diterimanya pada 4 Julai.

Jelasnya, Ezam telah berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum menyerahkan surat pengundurannya.

“Surat ini semalam saya dapat daripada saudara Ezam memang dia ada bagitahu saya sebelum ini.

“Kita nampak Ezam masuk parti ini sebab dia nak tukar kepada parti bebas rasuah. Jadi bila nampak RoS (Pendaftar Pertubuhan) pun tidak luluskan pertukaran nama saya pun bagitahu dia keadaan itu jadi selepas itu kita bincang dan dia buat keputusan untuk keluar dan dia tumpukan NGOnya, Hisbah Centre,” ujarnya lagi.

Terdahulu Khairuddin Abu Hassan berkata kepada Berita Daily bahawa beliau telah melepaskan semua jawatannya dan keluar dari Parti Generasi Baru.

Tindakannya itu walaubagaimanapun tidak dimaklumkan kepada parti secara rasmi sehingga hari ini.

Sementara itu kata Gobi, ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden dalam Parti Generasi Baru bukan isu yang besar kerana struktur parti itu bertonggakkan kepada jawatan Setiasaha Agung yang disandangnya.

“Sebelum mereka (Ezam dan Khairudin) masuk memang parti ini sudah sedia ada, dan saya selaku pengasas dan Setiausaha Agung masih ada.

“Satu perkara yang orang kena faham dalan Parti Generasi Baru struktur parti di mana Setiausaha Agung adalah pemegang jawatan utama bukan Presiden. Itulah strukturnya yang saya tubuhkan, jadi ia kekal,” katanya yang juga merupakan pengasas parti itu.

Sehubungan itu beliau berpendirian parti tidak perlu tergesa-gesa untuk mencari pengganti.



Demikianlah Artikel Ezam Keluar Parti Generasi Baru

Sekianlah artikel Ezam Keluar Parti Generasi Baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ezam Keluar Parti Generasi Baru dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/ezam-keluar-parti-generasi-baru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :