Harga Minyak Turun, Harga Barang Pun Patut Turun Lah!

Harga Minyak Turun, Harga Barang Pun Patut Turun Lah! - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Minyak Turun, Harga Barang Pun Patut Turun Lah!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga Minyak Turun, Harga Barang Pun Patut Turun Lah!
link : Harga Minyak Turun, Harga Barang Pun Patut Turun Lah!

Baca juga


Harga Minyak Turun, Harga Barang Pun Patut Turun Lah!

Muzaffar Syah Mallow

Harga


Seperti yang diketahui umum harga minyak untuk minggu pertama Julai turun. Ini adalah kali ke lima harga minyak turun secara berturut – turut. Berita baik yang diterima oleh para pengguna sudah tentu sedikit sebanyak memberi kegembiraan dan kelegaan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup pada masa kini. Sejajar dengan penurunan harga bahan api terbabit, pihak pengguna kini menunggu pula dengan penuh kesabaran serta harapan untuk melihat penurunan harga barangan.

Jika dibandingkan dengan situasi setiap kali selepas pengumuman kenaikan bahan api terbabit, sesetengah peniaga sudah pasti akan menaikkan harga barangan dengan pantas serta secara sesuka hati mereka. Berlainan pula dengan situasi sekiranya terdapat pengumuman penurunan harga bahan api terbabit dimana pihak pengguna terpaksa menunggu dengan penuh harapan selama berhari – hari, berminggu – minggu, berbulan – bulan serta bertahun – tahun untuk para peniaga mengambil sedikit initiatif untuk menurunkan harga barangan mereka.

Lebih mendukacitakan, berdasarkan sejarah dalam negara kita, pengumuman penurunan harga bahan api selalunya tidak diiringi dengan penurunan harga barangan pengguna berbanding dengan situasi sebaliknya.

Seseorang peniaga yang bertanggungjawab seharusnya mengambil peluang dengan pengumuman penurunan harga bahan api terbabit untuk mengembalikan kepercayaan pihak pengguna terhadap barangan mereka dengan menurunkan harga barangan. Pihak peniaga juga tidak seharusnya berterusan mengambil kesempatan dengan mengunakan isu harga bahan api untuk mengaut keuntungan yang melampau dari pihak pengguna yang rata – rata kini menghadapi kesempitan kewangan berikutan kenaikan kos sara hidup khususnya penduduk di kawasan bandar.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pula hendaklah terus sentiasa memantau keadaan harga barangan supaya tiada peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang dengan memanipulasi keadaan semasa dengan mengunakan isu harga harga bahan api untuk menipu para pengguna.

Sudah sampai masanya juga para penggguna dalam negara bersatu hati dan mengunakan segala kuasa pengguna yang ada pada mereka untuk mengekang sebarang kenaikkan harga barangan seperti usaha memboikot, melakukan proses pembandingan harga antara satu kedai dan kedai yang lain, dan melakukan proses pembelanjaan dengan lebih bijak.




Demikianlah Artikel Harga Minyak Turun, Harga Barang Pun Patut Turun Lah!

Sekianlah artikel Harga Minyak Turun, Harga Barang Pun Patut Turun Lah! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga Minyak Turun, Harga Barang Pun Patut Turun Lah! dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/harga-minyak-turun-harga-barang-pun.html

Subscribe to receive free email updates: