Isu Felda, FGV dedahkan siapa khianati Melayu

Isu Felda, FGV dedahkan siapa khianati Melayu - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Felda, FGV dedahkan siapa khianati Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Felda, FGV dedahkan siapa khianati Melayu
link : Isu Felda, FGV dedahkan siapa khianati Melayu

Baca juga


Isu Felda, FGV dedahkan siapa khianati Melayu

MALAYSIAKINI


Apa yang berlaku pada Felda dan syarikat Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV) adalah bukti jelas pihak mana yang mengkhianati orang Melayu, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Menurut presiden PKR itu, perkembangan berkenaan berlaku ketika tohmahan terus dilemparkan kepada DAP menggunakan isu perkauman.

"Bayangkan saja fitnah yang tersebar di merata desa bahawa tanah Melayu (Pulau Pinang) dirampas dan corong azan disumbat.

"Tanah milik Melayu di Pulau Pinang tinggal sekangkang kera sejak era Perikatan dan Umno/BN.

"Dan kini tugas kita bersama adalah untuk menambah ikhtiar dan program bagi memulihkan keyakinan masyarakat Melayu dan rakyat keseluruhannya," kata Dr Wan Azizah.

Ketua pembangkang itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena Simposium Pemikiran Anwar Ibrahim di George Town, Pulau Pinang, hari ini.

Simposium itu dianjurkan bersama oleh Yayasan Islam Pulau Pinang, Penang Institue dan Institut Darul Ehsan.

Felda dibayangi pelbagai masalah dan skandal, dengan yang terbaru menyaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung siasatan terhadap Felda Investment Corporation (FIC) berhubung urus niaga mereka.

Senjata utama mereka

Dr Wan Azizah berkata Umno menjaja sentimen perkauman supaya isu negara seperti skandal 1MDB dapat dilindungi.

"Malah lebih ketara ialah pengkhianatan amanah bangsa Melayu (kepada Umno) seperti yang berlaku dalam Felda dan FGV," katanya.

Justeru, kata anggota parlimen Permatang Pauh orang ramai perlu berwaspada dengan fitnah yang akan berleluasa menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kerajaan pusat tidak akan mampu memadamkan "segala kerosakan hasil kegelojohan mereka".

"Harga barang tidak lagi terkawal dan keperitan hidup kian terasa, rasuah bermaharajalela dari kepala hingga trafik di tepi jalan.

"Sekali lagi fitnah akan menjadi senjata utama mereka," katanya.




Demikianlah Artikel Isu Felda, FGV dedahkan siapa khianati Melayu

Sekianlah artikel Isu Felda, FGV dedahkan siapa khianati Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Felda, FGV dedahkan siapa khianati Melayu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/isu-felda-fgv-dedahkan-siapa-khianati.html

Subscribe to receive free email updates: