JPN cadang denda jika gagal tuntut Mykad telah siap

JPN cadang denda jika gagal tuntut Mykad telah siap - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPN cadang denda jika gagal tuntut Mykad telah siap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPN cadang denda jika gagal tuntut Mykad telah siap
link : JPN cadang denda jika gagal tuntut Mykad telah siap

Baca juga


JPN cadang denda jika gagal tuntut Mykad telah siap


ANTARAPOS.COM

Post Pic
  
 
GEORGETOWN: Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN) bercadang mengenakan denda kepada orang ramai yang gagal menuntut MyKad yang siap diproses dalam tempoh ditetapkan berikutan terdapat ramai yang tidak mengambil berat tentang perkara itu.
 
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohd Yazid Ramli berkata pihaknya juga bercadang memendekkan tempoh sah guna dokumen Mykad sementara kepada kurang 30 hari berbanding tiga bulan sebelum ini bagi melicinkan pelbagai urusan rakyat.
 
Bagaimanapun, kedua-dua cadangan itu masih di peringkat perbincangan dan pihaknya akan melaksanakannya selepas mendapat keputusan berhubung cadangan tersebut, katanya.
 
"Cadangan itu bagi memastikan pemohon tidak lambat menuntut Mykad mereka sehingga ada yang menggunakan dokumen pengenalan sementara walaupun sudah tamat tempoh.
 
"Pemohon yang gagal menuntut Mykad yang sudah siap akan dikenakan denda kerana disifatkan gagal mempunyai pengenalan diri yang sah dan menyukarkan pelbagai urusan," katanya  kepada pemberita selepas majlis pelancaran Projek Hab Percetakan Teragih MyKad (DPP) JPN Pulau Pinang di George Town hari ini.
 
Mengenai projek Hab DPP, Mohd Yazid berkata ia memberikan penjimatan kos kepada pembangunan sistem, tenaga kerja  dan perkhidmatan Pos Laju kepada JPN negeri ini.
 
“Pelaksanaan projek ini turut memberi faedah secara berterusan kepada rakyat dan perkhidmatan awam berikutan manfaat penjimatan masa yang diperoleh  rakyat, mempermudahkan urusan rasmi yang memerlukan pengesahan maklumat diri melalui MyKad,” katanya.
 
Beliau berkata sebelum ini tempoh proses Mykad mengambil masa sehingga 10 hari, namun dengan projek ini tempoh itu dipendekkan kepada lima hari. 
 
Katanya MyKad pada masa ini dilengkapi lebih 10 ciri keselamatan dan ia tidak boleh diklon oleh sindiket yang menghasilkan kad pengenalan palsu.



Demikianlah Artikel JPN cadang denda jika gagal tuntut Mykad telah siap

Sekianlah artikel JPN cadang denda jika gagal tuntut Mykad telah siap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPN cadang denda jika gagal tuntut Mykad telah siap dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/jpn-cadang-denda-jika-gagal-tuntut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :