Kalau kencing tikus, kenapa potong kaki - Ibu Thaqif

Kalau kencing tikus, kenapa potong kaki - Ibu Thaqif - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau kencing tikus, kenapa potong kaki - Ibu Thaqif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau kencing tikus, kenapa potong kaki - Ibu Thaqif
link : Kalau kencing tikus, kenapa potong kaki - Ibu Thaqif

Baca juga


Kalau kencing tikus, kenapa potong kaki - Ibu Thaqif

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, menolak laporan bedah siasat yang merumuskan kematian anaknya berpunca daripada Leptospirosis atau kencing tikus.
 
Sambil meluahkan rasa kecewa, Felda Wani Ahmad turut mempersoalkan mengapa pihak hospital perlu memotong kaki anaknya jika betul Thaqif dijangkiti kencing tikus yang boleh dikesan dengan awal.
 
“Secara logik, kalau kencing tikus, kenapa nak potong kaki? Saya nak tanya kenapa nak potong kaki anak saya kalau kencing tikus. Kencing tikus mesti kesan awal. Paling lewat satu atau dua minggu, macam kes di Kelantan baru-baru ini.
 
“Saya ni cikgu, tidak payah manipulasi yang bukan-bukan. Saya memang terkilan. Daripada arwah (Thaqif) masuk hospital, doktor kata tak tahu kuman apa. Ini tiba-tiba beritahu kencing tikus, tak masuk akal. Saya tidak boleh terima,” katanya dipetik portal Free Malaysia Today. 
 
Allahyarham Thaqif dimasukkan ke hospital pada 19 April lalu selepas kedua-dua belah kakinya bertukar warna kehitaman, didakwa dipukul dengan menggunakan paip getah oleh warden asrama  Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kampung Lukut, Kota Tinggi.
 
Kedua-dua kakinya terpaksa dipotong kerana dijangkiti kuman, sementara tangan kirinya yang turut 'kehitaman' dijadualkan dipotong, namun tidak sempat dilakukan ekoran kanak-kanak itu meninggal dunia. 
 
Pada 18 Mei lalu, kubur pelajar itu digali semula bagi membolehkan sampel kaki Thaqif diambil untuk tujuan siasatan.
 
Bagaimanapun laporan bedah siasat yang dikeluarkan hari ini merumuskan kematian Thaqif disebabkan leptospirosis atau kencing tikus, bukannya akibat dipukul.
 
Sementara itu, Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Mohammad Afdhaluddin Ismail yang dipetik portal berkenaan juga memaklumkan pihaknya tidak pasti bila pelajar berkenaan dijangkiti kencing tikus.  
 
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Thaqif dijangkiti dari kawasan madrasah.
 
 


Demikianlah Artikel Kalau kencing tikus, kenapa potong kaki - Ibu Thaqif

Sekianlah artikel Kalau kencing tikus, kenapa potong kaki - Ibu Thaqif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau kencing tikus, kenapa potong kaki - Ibu Thaqif dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/kalau-kencing-tikus-kenapa-potong-kaki.html

Subscribe to receive free email updates: