Kecewa tidak direstu jadi PM serangan peribadi terhadap Dr Mahathir, dakwa MPT Bersatu

Kecewa tidak direstu jadi PM serangan peribadi terhadap Dr Mahathir, dakwa MPT Bersatu - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecewa tidak direstu jadi PM serangan peribadi terhadap Dr Mahathir, dakwa MPT Bersatu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecewa tidak direstu jadi PM serangan peribadi terhadap Dr Mahathir, dakwa MPT Bersatu
link : Kecewa tidak direstu jadi PM serangan peribadi terhadap Dr Mahathir, dakwa MPT Bersatu

Baca juga


Kecewa tidak direstu jadi PM serangan peribadi terhadap Dr Mahathir, dakwa MPT Bersatu

MALAYSIA DATELINE

Zahid Mat Arip


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zahid Mat Arip mendakwa  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapat restu melantiknya sebagai perdana menteri sekiranya berjaya menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Zahid  menerusi rakaaman video mendedahkan pertemuan itu berlaku setelah Ahmad Zahid dilantik menjadi timbalan perdana menteri, beliau ujarnya,  pernah  berjanji kepada Dr Mahathir akan menjatuhkan Najib dalam tempoh tiga bulan selepas pelantikannya.

"Tidak sampai sebulan jadi TPM dia mengadakan pertemuan sulit berjumpa Dr Mahathir di rumah Dr Mahathir. Dia minta restu nak tumbangkan Najib sebagai PM dalam masa 3 bulan dan minta restui untuk jadi PM mengantikan Najib.

"Dr Mahathir walaupun marah kepada Najib tetapi beliau tidak setuju dengan cara Zahid. Dr Mahathir minta supaya parti tentukan kedudukan siapa perdana menteri selepas Najib berjaya ditumbangkan," ujar Zahid dalam video yang berdurasi 4 minit itu yang dirakam.

Oleh kerana kekecewaan dakwanya lagi, Ahmad Zahid memilih untuk mengampu Najib yang juga Presiden Umno.

"Dia balik dengan perasaan kecewa tidak dapat restui daripada Dr Mahathir.

"Dia memilih untuk mengampu Najib habis-habisaan tetapi tak reti cara nak mengampu..inilah 'standard' timbalan perdana menteri yang kita ada...," ujarnya dalam nada yang kesat.

Beliau turut berkata pernah diberitahu oleh Tan Sri Aziz Shamsuddin supaya berhati-hati dengan Ahmad Zahid dengan berkata:"Dia letak keris dibelakng bila tunduk keris keluar, " bagaimanapun Zahid menjelaskan beliau tidak terkejut dengan pesanan oleh Aziz itu.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri itu ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya semalam yang mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.

Menurut Zahid lagi, beliau tidak terkejut dengan ucapan yang dibuat oleh Ahmad Zahid.

"Dia cuba wujudkan rasa benci ahli Umno kepada Dr Mahathir yang telah berkhidmat sebagai Presiden dan Perdana Menteri selama 22 tahun dengan mengaitkan Dr Mahathir bukan Melayu tulen tetapi berdarah mamak.

"Apa salah punyai darah mamak dalam tubuh badan kita, darah india dalam tubuh badan dia..macam dia berdarah jawa, salah? tak salah.

"Saya ingat arwah bapanya pada  masa kelahirannya,  nak namakannya 'Ahmad Darogi bin Ahmad Tarmizi' tetapi ada ustaz bagi tahu nama itu tak sedap bunyi berdengung jadi tukarkanlah namanya kepada Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya nak bagi tahu... orang tidak benci Dr Mahathir orang sayang Dr Mahathir yang benci Dr Mahathir adalah dikalangan penyangak dan penyamun," tegasnya.

Zahid juga berkata, dalam barisan kepimpinan Umno sesiapa pemimpin yang mempunyai darah 'mamak' tidak akan mendapat tempat di dalam Umno.

"Dalam masa sama pimpinan Umno yang berdarah mamak seperti Tan Sri Irwan Serigar, Aziz Rahim, Aziz Sheikh Fadzir, Reezal Merican tidaklah berkecil hati dengan Zahid Hamidi. Kalau orang yang berdarah mamak ini tidak ada tempat dalam Umno," dakwanya.





Demikianlah Artikel Kecewa tidak direstu jadi PM serangan peribadi terhadap Dr Mahathir, dakwa MPT Bersatu

Sekianlah artikel Kecewa tidak direstu jadi PM serangan peribadi terhadap Dr Mahathir, dakwa MPT Bersatu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecewa tidak direstu jadi PM serangan peribadi terhadap Dr Mahathir, dakwa MPT Bersatu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/kecewa-tidak-direstu-jadi-pm-serangan.html

Subscribe to receive free email updates: