Judul : [KEMASKINI] DAP akan lengahkan arahan RoS untuk selamatkan diri - Tunku Aziz
link : [KEMASKINI] DAP akan lengahkan arahan RoS untuk selamatkan diri - Tunku Aziz
[KEMASKINI] DAP akan lengahkan arahan RoS untuk selamatkan diri - Tunku Aziz
Oleh Athirah Hanapiah
PETALING JAYA: DAP tidak akan sekali-kali bertindak mengikut arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.
Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkata pemimpin tertinggi DAP akan melakukan apa sahaja bagi melengah-lengahkan isu ini demi 'menyelamatkan diri' agar mereka kekal menerajui parti tersebut.
"Saya ingat memang tidak sekali-kali mereka akan ikut arahan (Ketua) Pengarah RoS.
"Ini bukan kemahuan mereka, kenapa mereka nak mematuhi arahan tersebut sedangkan mereka boleh menangguhkan keseluruhan isu ini.
"Jadi saya ingat kenapa nak ikut arahan pengarah itu kalau kita boleh lari daripada isu ini supaya mereka diselamatkan dan boleh mengawal DAP selama-lamanya," katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini.
Malah katanya, pemilihan semula itu juga tidak akan dilakukan memandangkan penasihat parti, Lim Kit Siang gentar dengan Naib Pengerusi, Dr Tan Seng Giaw yang dianggap sebagai pesaingnya.
Menurut Tunku Aziz lagi, Seng Giaw dilihat sebagai individu yang paling digeruni Kit Siang kerana pemimpin itu mampu menggantikan beliau dan mempunyai sokongan politik yang ramai daripada kalangan ahli DAP sendiri dan juga orang luar.
"Memang mereka tidak mahu Tan Seng Giaw ini mengambil bahagian dalam pilihan CEC yang RoS suruh mereka buat itu.
"Mereka tahu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan rakan mereka, mereka tahu yang akan dipilih ialah Dr Tan Seng Giaw, lelaki yang sangat dihormati dan dipercayai oleh ahli DAP dan sendiri dan orang luar," katanya.
RoS pada Jumaat lalu mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC.
Ia selepas keputusan pemilihan CEC DAP yang dibuat pada Disember 2012 dan 2013 tidak diiktiraf Jabatan itu atas sebab kesilapan teknikal keputusan pengundian serta kaedah pemilihan yang tidak mengikut perlembagaan parti.
Bagaimanapun, DAP bertegas untuk tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC selagi belum menerima surat arahan rasmi daripada RoS.
Malah parti itu dikatakan menuduh RoS sengaja mensabotaj mereka bagi persediaan pilihan raya kali ini, sedangkan keputusan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan semula CEC adalah berdasarkan perlembagaan parti tersebut sendiri.
Dalam pada itu, Tunku Aziz secara bersahaja menyatakan bahawa beliau mungkin memikirkan untuk menyertai DAP kembali dengan syarat, parti itu bukan diterajui kepimpinan sekarang.
"Saya akan menimbang semula untuk berada di dalam DAP sekiranya kepimpinan sedia ada ini berubah.
"Tidak ada apa-apa yang salah dengan DAP, tetapi semuanya menjadi salah apabila kepimpinan parti sedia ada ini menimbulkan masalah seperti apa yang berlaku sekarang ini," katanya lagi.
Demikianlah Artikel [KEMASKINI] DAP akan lengahkan arahan RoS untuk selamatkan diri - Tunku Aziz
Sekianlah artikel [KEMASKINI] DAP akan lengahkan arahan RoS untuk selamatkan diri - Tunku Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KEMASKINI] DAP akan lengahkan arahan RoS untuk selamatkan diri - Tunku Aziz dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/kemaskini-dap-akan-lengahkan-arahan-ros.html