Kencing Tikus Punca Kematian Thaqif

Kencing Tikus Punca Kematian Thaqif - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kencing Tikus Punca Kematian Thaqif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kencing Tikus Punca Kematian Thaqif
link : Kencing Tikus Punca Kematian Thaqif

Baca juga


Kencing Tikus Punca Kematian Thaqif

Johor Bahru - Keputusan bedah siasat terhadap murid madrasah tahfiz Al-Jauhar, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia pada 26 April lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru didapati berpunca daripada penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penyebab kematian kanak-kanak itu adalah kencing tikus (Leptospirosis).

" Ia dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya membabitkan kegagalan organ untuk berfungsi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan merujuk laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

Katanya, proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian dilakukan pada 6 petang hari yang sama kanak-kanak itu meninggal dunia.

"Beberapa sampel tisu dan darah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.

"Susulan daripada kejadian itu juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuhkan bagi menyiasat kes ini," katanya.

Menurutnya, jawatankuasa itu membabitkan Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata berdasarkan laporan perubatan itu, pihaknya akan mengemaskini kertas siasatan.

"Polis juga akan mendapat arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Sebelum ini, pembantu warden madrasah tahfiz yang didakwa mendera murid itu dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 pada 3 Mei lalu.

Dia ditahan pada 22 April lalu berhubung siasatan terhadap dakwaan mendera Mohamad Thaqif mengikut Seksyen 31(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Demikianlah Artikel Kencing Tikus Punca Kematian Thaqif

Sekianlah artikel Kencing Tikus Punca Kematian Thaqif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kencing Tikus Punca Kematian Thaqif dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/kencing-tikus-punca-kematian-thaqif.html

Subscribe to receive free email updates: