Judul : 'Kerajaan bangga negara maju tetapi pelajar terpaksa ikat perut'
link : 'Kerajaan bangga negara maju tetapi pelajar terpaksa ikat perut'
'Kerajaan bangga negara maju tetapi pelajar terpaksa ikat perut'
MALAYSIA DATELINE
Nasib para penuntut institusi penggajian tinggi tidak harus diabaikan ketika kerajaan berbangga dengan pencapaian negara yang setaraf dengan negara maju, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Tariq Ismail.
Beliau berkata, kerajaan harus mengakui kesilapan dengan memberi lebih peluang untuk pelajar ke menara gading namun tidak menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk mereka meneruskan pengajian.
"Di sinilah sepatutnya menteri-menteri yang berkenaan memerah otak bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini.
"Tapi saya tahu, kalau ikut rasmi Umno, pelajar akan disarankan supaya cari kerja sambilan, kurangkan berbelanja, atau jangan makan.
"Tetapi, jangan lupa jadi pelajar cemerlang dan paling penting jangan lupa bayar balik pinjaman dengan bunga sekali. Atau ibu bapa disarankan ambil kerja kedua atau ketiga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas dakwaan seorang peniaga kedai makan 'Line Clear' di Batu Pahat bahawa pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terpaksa berjimat sehingga terdapat dalam kalangan mereka hanya makan nasi berlaukkan kuah serta air kosong seperti dilaporkan Malaysia Dateline sebelum ini.
Pengusaha kedai makan yang menjadi tumpuan pelajar dari universiti itu juga meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keadaan ekonomi yang semakin mendesak rakyat ketika ini sehingga turut menjejaskan perniagaannya.
“Kalau tengok pelajar yang datang makan di sini hanya makan nasi putih, kuah serta air kosong saja.Kita akan berasa sedih dan kebanyakkan mereka datang dari keluarga yang susah serta tidak berkemampuan," katanya yang juga Ketua Penaja Bersatu Bahagian Sri Gading.
Mengulas lanjut, Tariq berkata, pemimpin yang berwibawa akan memimpin dengan penuh kemanusiaan dan tidak dayus menangani kemelut hidup rakyat khususnya generasi muda yang merupakan penentu kepada masa depan negara.
Kalau dulu mungkin hanya dua dari 10 pelajar yang begitu, sekarang setiap lapan atau sembilan pelajar dari setiap 10 mengalami keadaan yang sama. Semuanya akibat kenaikan kos sara hidup yang tak tertanggung oleh rakyat.
"Kecuali biasiswa, pinjaman pelajaran hanya mencukupi untuk membayar yuran pelajaran, buku-buku dan perkakas belajar sahaja.
"Duit makan minum dan kos sara hidup mungkin ada tapi lazimnya ibu bapa perlu tanggung. Bila kos sara hidup meningkat, ibu bapa tak mampu tanggung. Dan melihatkan keadaan ekonomi sekarang, saya pasti semakin ramai yang pendapatan mereka sudah jatuh ke tahap hampir miskin," katanya.
Demikianlah Artikel 'Kerajaan bangga negara maju tetapi pelajar terpaksa ikat perut'
Sekianlah artikel 'Kerajaan bangga negara maju tetapi pelajar terpaksa ikat perut' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Kerajaan bangga negara maju tetapi pelajar terpaksa ikat perut' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/kerajaan-bangga-negara-maju-tetapi.html