Mahfuz: Harapan hanya pada HARAPAN

Mahfuz: Harapan hanya pada HARAPAN - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahfuz: Harapan hanya pada HARAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz: Harapan hanya pada HARAPAN
link : Mahfuz: Harapan hanya pada HARAPAN

Baca juga


Mahfuz: Harapan hanya pada HARAPAN

MALAYSIAKINI


Bekas pemimpin kanan PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini memuji Pakatan Harapan selepas berjaya memuktamadkan struktur dan logo rasmi hujung minggu lalu.

“Harapan rakyat kini hanya kepada Pakatan Harapan.Tiada lain yang diharapkan.

“Jangan kecewakan rakyat,” katanya yang tidak disenangi sesetengah pihak dalam partinya sendiri kerana rapat dengan pemimpin Harapan.

Mahfuz, bekas naib presiden PAS, dilihat senada dan kerap hadir program-program HARAPAN, selain lantang terhadap pemimpin parti itu.

PAS tidak menyertai Pakatan Harapan selepas gabungan bersama PKR dan DAP berakhir sebelum ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz berkata HARAPAN wajar membawa politik baru dan berlapang dada dengan kritikan anggota yang berbeza pandangan.

Beliau juga mengharapkan strategi tiga penjuru dipersiapkan untuk menghadapinya pilihan raya umum akan datang.

“Tidak dapat tidak tiga penjuru tidak dapat dielakkan. Oleh itu saya berkeyakinan jika HARAPAN bersiap dari sekarang untuk tiga penjuru, Insya-Allah HARAPAN akan menjadi kuasa baru politik Malaysia pada PRU14 akan datang,” katanya.

Mengulas masa depan HARAPAN, Mahfuz berkata gabungan empat parti itu perlu bersiap sedia terhadap kemungkinannya gabungan itu tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum pilihan raya umum akan datang.


“Agenda menghadapi PRU14 dengan satu lambang mesti diteruskan dan HARAPAN perlu segera menetapkan lambang rasmi HARAPAN yang akan digunakan dalam PRU14 nanti,” katanya.

PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) memuktamadkan struktur rasmi dan logo bersama setelah mesyuarat lebih empat jam Khamis lepas.

Ia sebahagian agenda untuk berdepan BN sebagai sebuah gabungan rasmi dan menggunakan satu lambang.




Demikianlah Artikel Mahfuz: Harapan hanya pada HARAPAN

Sekianlah artikel Mahfuz: Harapan hanya pada HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahfuz: Harapan hanya pada HARAPAN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/mahfuz-harapan-hanya-pada-harapan.html

Subscribe to receive free email updates: