Judul : Mampukah hasrat mendiang Karpal mahu Tun M ditahan tercapai, soal MCA
link : Mampukah hasrat mendiang Karpal mahu Tun M ditahan tercapai, soal MCA
Mampukah hasrat mendiang Karpal mahu Tun M ditahan tercapai, soal MCA
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA, Chris Daniel Wong mendakwa hasrat bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menahan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin tidak akan kesampaian.
"Setahun sebelum beliau (Karpal) meninggal dunia, Karpal berjanji jika Pakatan berjaya ke Putrajaya, orang pertama yang akan ditahan ialah Dr Mahathir.
“Dengan pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi Pakatan (Harapan), janji ini tidak akan tertunai,” katanya.
“Sekiranya Pakatan menang dalam PRU14, adakah pembangkang akan mengheret pengerusinya ke penjara?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pakatan Harapan (PH) yang disertai PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada tengah malam Khamis lalu mengumumkan struktur kepimpinan mereka, dengan mengumumkan Dr Mahathir sebagai Pengerusi gabungan empat parti pembangkang itu.
Bernama pada April 2013 melaporkan, Karpal berjanji bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya maka orang pertama yang akan ditangkap ialah Dr Mahathir .
Pakatan Rakyat juga akan menggesa jawapan Dr Mahathir atas kesilapannya selama 22 tahun mentadbir negara, berkaitan penyalahgunaan kuasa dan kekayaan anaknya, janji Karpal.
Untuk rekod, Karpal terkorban dalam satu kemalangan maut pada 17 April 2014, apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya bersama empat lagi individu melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara.
Demikianlah Artikel Mampukah hasrat mendiang Karpal mahu Tun M ditahan tercapai, soal MCA
Sekianlah artikel Mampukah hasrat mendiang Karpal mahu Tun M ditahan tercapai, soal MCA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mampukah hasrat mendiang Karpal mahu Tun M ditahan tercapai, soal MCA dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/mampukah-hasrat-mendiang-karpal-mahu.html