Menteri Hidup Mewah, Tidak faham Kehidupan Gelandangan

Menteri Hidup Mewah, Tidak faham Kehidupan Gelandangan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri Hidup Mewah, Tidak faham Kehidupan Gelandangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri Hidup Mewah, Tidak faham Kehidupan Gelandangan
link : Menteri Hidup Mewah, Tidak faham Kehidupan Gelandangan

Baca juga


Menteri Hidup Mewah, Tidak faham Kehidupan Gelandangan

Oleh Dr Tan Yee Kew


Saya meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyarankan agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin memberikan bantuan kepada gelandangan agar mengikut saluran yang betul.

Semua sedia maklum bahawa aktiviti pelbagai jenis bantuan kepada gelandangan telah berpuluh tahun dijalankan tetapi Tengku Adnan hanya sesekali muncul dan mencanangkannya seolah-olah beliau yang paling prihatin terhadap golongan ini.

Bukankah setiap kali program pemberian makanan dijalankan, sudah pasti aspek kebersihan kawasan diberi keutamaan oleh penganjur. Adakah Ku Nan sudah turun padang dan melihat sendiri apa yang telah dilakukan?

Jika kerajaan Umno BN tidak berupaya untuk membantu secara total, jangan memperkecilkan pemberian dan sumbangan daripada orang ramai terhadap gelandangan ini.

Tidak perlulah memberikan alasan untuk mengatakan gelandangan ini malas dan sebagainya.

Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya turun padang untuk melihat, memahami dan mendalami keperluan hidup golongan gelandangan ini yang mungkin mempunyai liku kehidupan yang sukar sehingga membawa mereka ke kehidupan sekarang.

Jika kehidupan rakyat kebanyakan di bawah kerajaan Umno BN dengan kos sara hidup yang tinggi, dikenakan GST, pelbagai jenis subsidi dimansuhkan sudah begitu sukar, inikan pula golongan gelandangan dan miskin bandar.

Sesebuah kerajaan yang bagus sudah tentu dapat menangani isu gelandangan ini dengan begitu baik, tetapi negara ini amat malang kerana diperintah oleh kerajaan yang hanya memikirkan 'tembolok' sendiri sahaja.

* Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Bendahari Agung Parti KEADILAN Rakyat


Demikianlah Artikel Menteri Hidup Mewah, Tidak faham Kehidupan Gelandangan

Sekianlah artikel Menteri Hidup Mewah, Tidak faham Kehidupan Gelandangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri Hidup Mewah, Tidak faham Kehidupan Gelandangan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/menteri-hidup-mewah-tidak-faham.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :