Judul : Najib mohon batal saman Ezam
link : Najib mohon batal saman Ezam
Najib mohon batal saman Ezam
Geraldine TongPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman AS$ 3.657 bilion oleh bekas senator, Datuk Ezam Mohd Noor terhadapnya atas kerugian yang ditanggung 1MDB.
Peguam Najib, Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa permohonan untuk membatalkan saman itu disampaikan kepada peguam Ezam semalam.
Mereka juga telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu permohonan membatalkan saman itu.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad juga menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 22 Ogos.
Hafarizam berkata 15 lagi defendan yang dinamakan dalam saman tersebut, termasuk ahli lembaga pengarah 1MDB dan bekas ahli lembaga pengarahnya, telah menyatakan bahawa mereka akan memfailkan permohonan yang sama pada 22 Ogos.
Ezam pada mulanya memfailkan saman terhadap Najib atas kapasitinya sebagai menteri kewangan dan ketua eksekutif kerajaan. Selain itu beliau turut memfailkan saman terhadap 15 yang lain pada 14 April.
Defendan lain termasuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan dua ahli lembaga pengarah serta sembilan bekas ahli lembaga pengarah 1MDB.
Ahli-ahli lembaga pengarah sekarang ialah Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob.
Manakala bekas ahli lembaga pengarahnya ialah Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Ashvin Jethanand Valiram,
Mohd Hazem Abd Rahman @ Mohamed, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, Tan Sri Azlan Mohd Zainol dan Tengku Rahimah Al-Marhum Sultan Mahmud.
Ezam mendakwa Najib dan sembilan bekas ahli lembaga pengarah 1MDB telah melanggar tugas fidusiari mereka kerana sengaja menyebabkan "kerugian salah" sebanyak AS $ 3.66 bilion terhadap 1MDB.
Ezam berkata beliau memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi sebagai pembayar cukai dan mewakili semua rakyat Malaysia.
Demikianlah Artikel Najib mohon batal saman Ezam
Sekianlah artikel Najib mohon batal saman Ezam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib mohon batal saman Ezam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/najib-mohon-batal-saman-ezam.html