PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, lapor kajian

PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, lapor kajian - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, lapor kajian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, lapor kajian
link : PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, lapor kajian

Baca juga


PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, lapor kajian

DETIK DAILY



PAS dijangka hilang Kelantan jika ia terjebak dalam pertandingan tiga penjuru di negeri itu, menurut kajian yang diminta kerajaan negeri.


Kajian yang dikendalikan Institut Darul Ehsan (IDE), bagaimanapun, memberikan beberapa penyelesaian bagi parti pemerintah negeri itu jika mahu mengekalkan Kelantan yang diperintah sejak 1990.

"Cadangan IDE kepada PAS adalah untuk bertanding 27 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri dan membiarkan parti Pakatan Harapan bertanding di kerusi lain untuk memastikan perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

"IDE yakin PAS boleh memenangi kesemua 27 kerusi dan memegang majoriti selepas pilihan raya umum dan terus berkuasa di Kelantan," kata sumber daripada badan pemikir itu kepada The Malaysian Insight.

Berdasarkan kajian itu, PAS hanya boleh memenangi 15 kerusi negeri jika parti Islam itu terlibat dalam pertarungan tiga penjuru.

Sumber berkata hasil kajian itu disampaikan kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakub dan pemimpin negeri lain baru-baru ini, oleh Timbalan Pengerusi IDE, Dr Mohammad Redzuan Othman.

Kajian itu juga mendedahkan PAS menerima sokongan paling ramai daripada pengundi di Kelantan, mendahului sebanyak 54%, BN (38%) manakala PH hanya mengumpul kira-kira 8%.

Bagaimanapun, sokongan itu tidak termasuk pengundi yang tinggal di luar negeri, Redzuan memberitahu pemimpin negeri Kelantan.

Beliau menambah walaupun sebelum PH mengumumkan barisan kepimpinan dan logonya, sokongan terhadap gabungan parti pembangkang sudah meningkat.

Kajian IDE juga menunjukkan Umno secara tradisinya dapat meningkatkan bilangan pengundi di antara 6 hingga 15% ketika pilihan raya semakin dekat.

Peningkatan ini disebabkan beberapa faktor, termasuk penyusunan semula kawasan pilihan raya.
Sementara itu, satu lagi kajian Ilham Centre mendapati antara 15% hingga 30% pengundi Kelantan yang tinggal di luar negeri condong kepada PH.

"Kajian kami bagi kerusi DUN Manik Urai di Kuala Krai mendapati kerusi itu mempunyai hampir 30% pengundi yang tinggal di luar Kelantan," kata ketua eksekutifnya, Hisomuddin Bakar.

Pada masa ini, PAS mempunyai 31 kerusi negeri, BN sebanyak 11 dan Amanah serta PKR satu (1).

BN kehilangan salah satu kerusinya selepas Adun Neggiri Mat Yusof Abdul Ghana diisytiharkan muflis, membatalkannya kelayakannya.-The Malaysian Insight



Demikianlah Artikel PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, lapor kajian

Sekianlah artikel PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, lapor kajian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, lapor kajian dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/pas-hilang-kelantan-jika-berlaku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :