Judul : Pembangkang Lemau atau Kekeringan Idea?
link : Pembangkang Lemau atau Kekeringan Idea?
Pembangkang Lemau atau Kekeringan Idea?
Fuad ShahdanPada minggu terakhir Jun 2017, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berkunjung ke Bali untuk percutian keluarga. Rombongan Perdana Menteri ini telah menerima sambutan baik daripada pihak pemerintah tempatan di Bali walaupun ini cuma kunjungan tidak rasmi dan bertujuan untuk melepaskan lelah serta bergembira bersama-sama keluarga.
Namun begitu, satu hal yang mengecewakan pihak pembangkang cuba memanipulasi percutian peribadi Perdana Menteri dengan agenda politik tidak berkesudahan. Ada yang dengan terang-terangan tanpa bukti menuduh Perdana Menteri bercuti dengan menghabiskan wang rakyat. Tuduhan seperti ini adalah tidak wajar sama sekali memandangkan ia dibuat secara sembarangan dan hanya bertujuan untuk menggambarkan Perdana Menteri sebagai pemimpin yang tidak mempedulikan kesusahan rakyat.
Perdana Menteri dilaporkan singgah di Bali sebagai sebahagian daripada destinasi percutian pertengahan tahun sebelum menghabiskan masa beberapa hari bersama-sama keluarga di Perth, Australia. Terdapat beberapa laman portal pro-pembangkang cuba memberikan laporan mengelirukan. Ini jelas melalui manipulasi kenyataan wakil pemerintah Bali yang memaklumkan Perdana Menteri menginap di kamar yang sama tempat Raja Salman dari Arab Saudi semasa kunjungan pemimpin berkenaan ke Bali pada Mac lepas.
Tanpa sebarang maklumat lanjut berhubung kos lawatan dan penginapan Perdana Menteri ke Bali, beberapa portal berkenaan secara tidak langsung dan kelihatan berniat tidak betul memberikan anggaran kos penginapan Raja Salman dan ini sebenarnya dibuat dengan sengaja bagi membolehkan rakyat membuat penilaian kos penginapan Perdana Menteri melalui anggaran perbelanjaan Raja Salman.
Jelas sekali pembangkang sebenarnya tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung lawatan Perdana Menteri dan cuba mengambil kesempatan daripada maklumat-maklumat tidak lengkap ini untuk menggambarkan sisi negatif pada Perdana Menteri. Tindakan menjatuhkan Kerajaan melalui pembunuhan karakter adalah tindakan tidak matang dan ini sebenarnya menimbulkan keraguan kepada kemampuan pembangkang untuk hadir dengan hujah yang lebih kuat dan baik.
Pembangkang seperti tidak mengerti makna atau arah terbaik dalam politik apabila secara terus-terusan menggunakan apa sahaja isu termasuk percutian peribadi Perdana Menteri bersama-sama keluarga sebagai satu isu dengan niat menimbulkan kebencian rakyat. Sehingga kini tuduhan yang cuba digambarkan itu tidak dapat dibuktikan dan yang hanya boleh diberikan ialah anggaran penginapan Raja Salman dan fakta yang cuba dijadikan asas oleh pembangkang itu juga begitu lemah dan tidak boleh diterima.
Pembangkang perlu melihat kembali peranan mereka untuk menjadi pengimbang kepada Kerajaan dan bukan semata-mata membangkang tanpa asas sehingga menimbulkan keraguan rakyat tentang fungsi sebenar mereka.
Demikianlah Artikel Pembangkang Lemau atau Kekeringan Idea?
Sekianlah artikel Pembangkang Lemau atau Kekeringan Idea? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembangkang Lemau atau Kekeringan Idea? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/pembangkang-lemau-atau-kekeringan-idea.html