Pengakuan Mukhriz bukti 1MDB modal rebut kuasa PM

Pengakuan Mukhriz bukti 1MDB modal rebut kuasa PM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengakuan Mukhriz bukti 1MDB modal rebut kuasa PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengakuan Mukhriz bukti 1MDB modal rebut kuasa PM
link : Pengakuan Mukhriz bukti 1MDB modal rebut kuasa PM

Baca juga


Pengakuan Mukhriz bukti 1MDB modal rebut kuasa PM

THE MALAYSIAN TIMES



PUTRAJAYA :  Pengakuan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2014 membuktikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanyalah alat yang digunakan bagi mencapai matlamat mendapat kuasa sebagai perdana menteri.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata dengan pengakuan itu, beliau percaya komplot tersebut sebenarnya bermula sejurus Mukhriz gagal memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan 2013.

“Usaha Mahathir untuk melorongkan Mukhriz sebagai perdana menteri telah terjejas dan satu-satunya cara untuk memastikan pelan itu berjaya adalah dengan menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri dan menjadikan Muhyiddin sebagai perdana menteri ‘sementara’,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ab Aziz mengulas pengakuan Dr Mahathir yang merupakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam bahawa beliau merancang untuk menjatuhkan Najib sejak tahun 2014 lagi.

Menurutnya isu 1MDB hanyalah alat bagi mencapai matlamat tersebut kerana sepanjang 2014 tiada sebarang bantahan daripada Muhyiddin mengenai isu 1MDB termasuk ketika mesyuarat kabinet dan mesyuarat  majlis tertinggi UMNO.

“Katanya kali pertama Muhyiddin bersuara mengenai 1MDB ialah ketika dalam lawatan kerja di Milan, Itali pada 2015, iaitu beliau tidak tahu apa-apa mengenai 1MDB walaupun perkara itu berulang kali dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet termasuk sesi penerangan khas kepada beliau atas kapasiti sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden UMNO,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan pengakuan Mukhriz, ini menunjukkan Muhyiddin telah melakukan pengkhianatan bukan sahaja kepada kepimpinan UMNO tetapi seluruh institusi tersebut kerana dalam tempoh itu, Muhyiddin masih bertindak selaku Pengarah Pilihanraya Kecil Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Permatang Pauh dan Rompin yang diadakan pada 7 Mei 2015, selain memegang jawatan lain di dalam UMNO dan kerajaan.

“Pada saya kenyataan Mukhriz yang mendakwa pembabitan Muhyiddin seawal tahun 2014 adalah bukti bahawa 1MDB bukanlah sebab mengapa mereka menentang Datuk Seri Najib tetapi mengenai perebutan kuasa politik semata-mata,” katanya.

Muhyiddin dan Mukhriz adalah presiden dan timbalan presiden PPBM.




Demikianlah Artikel Pengakuan Mukhriz bukti 1MDB modal rebut kuasa PM

Sekianlah artikel Pengakuan Mukhriz bukti 1MDB modal rebut kuasa PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengakuan Mukhriz bukti 1MDB modal rebut kuasa PM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/pengakuan-mukhriz-bukti-1mdb-modal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :