Judul : Rakyat Kelantan sambut baik hukuman sebat secara terbuka
link : Rakyat Kelantan sambut baik hukuman sebat secara terbuka
Rakyat Kelantan sambut baik hukuman sebat secara terbuka
Oleh Athirah Hanapiah & Zeanaaima Mohd Yusof
SHAH ALAM: Majoriti rakyat di Kelantan menerima baik keputusan DUN Kelantan meminda Rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antaranya membolehkan hukuman sebat dilakukan ke atas penjenayah secara terbuka di negeri itu.
Tinjauan Antarapos di Kelantan baru-baru ini mendapati, rata-rata daripada mereka tidak menentang malah menyokong keputusan DUN Kelantan berikutan ia selari dengan syariat dan tuntutan Islam yang sebenar.
Bagi seorang penduduk yang sudah lama menetap di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Mohd Kassim Abdul Razak berkata umat Islam tidak dapat lari daripada perundangan Islam yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
"Saya menyokong sangat, kita memang tidak boleh lari dari undang-undang Allah, apa yang Allah perintahkan kita kena tunaikan.
"Undang-undang tu perintah Allah, jadi kena jalankan. Kalau Allah perintah suruh ikut apa yang ada dalam Quran tu, kena jalankan dan itu lagi baik," ujarnya.
Bagi seorang penuntut di salah sebuah kolej di Kota Bahru ini pula, Emylia Hassan berkata pindaan akta itu diyakini mampu mendatangkan kebaikan kepada masyarakat Islam di Kelantan.
"Ada yang setuju ada yang tak setujulah, sebab masing-masing ada pendapat masing-masing.
"Ada yang tanya adakah ayat Quran yang menyebut pasal sebatan di khayalak ramai ni, boleh rujuk di dalam surah An-Nur, ayat kedua ada Allah menyatakan bahawa hukuman sebatan ni boleh disaksikan oleh empat orang saksi, lebih dari empat orang pun boleh, maksudnya hukuman ni mendatangkan kemashlahatan dan beri pengajaran keapda orang ramai, jadi saya setuju lah," katanya.
Pemahaman rakyat Kelantan berkenaan perkara ini juga boleh dianggap baik.
Ini kerana, mereka menganggap usaha kerajaan Kelantan dengan meminda RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) ini sebagai persediaan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan RUU355 yang sedang menunggu giliran untuk dibahaskan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung kini.
Bagi Syed Luqmanul Hakim Syed Mohd Irfan, hukuman sebat ini merupakan salah satu daripada hukuman hudud yang termaktub di dalam Al-Quran.
Beliau yang juga penuntut sebuah institut penganjian tinggi (IPT) di negeri itu mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS kerana sentiasa berusaha untuk memartabatkan hukuman yang berlandaskan hukum Islam.
"Bagus dan tahniah kepada kerajaan Kelantan. Ini salah satu hukum-hukum hudud, kalau berdasarkan Al-Quran pun hukum-hukum hudud, jadi ini adalah salah satu hukum hudud sebab hudud ni dia ada banyak lagi, ada sebat, potong tangan dan banyak lagi.
"Jadi sebat di khalayak ramai ni adalah satu daripada hukum hudud yang boleh dilaksanakan dan sudah pun dilaksanakan sebenarnya, jadi apa salahnya kalau kita adakan kembali hukum itu," ujarnya.
Seorang peniaga, Wan Noriah Saadah berharap isu pemilihan tempat untuk dilaksanakan hukuman sebat akan ditangani dengan baik agar tidak timbul polemik di kemudian hari.
"Bagus juga hukuman ni dikenakan di depan orang ramai, barulah insaf, kalau dilakukan secara tertutup orang tak tahu.
"Memang kena ada sedia tempat khas, tapi biar tempat tu tempat yang orang boleh pergi tengok, bukan kata sana boleh, sini boleh, tak bolehlah macam tu," ujarnya.
Persidangan DUN Kelantan 12 Julai lalu meluluskan pindaan 35 fasal dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017).
RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguatkuasa agama untuk menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan penggunaan video sebagai bahan bukti semasa perbicaraan.
Cadangan pindaan undang-undang itu diusulkan oleh Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang kemudiannya disokong sebulat suara oleh ahli DUN.
Demikianlah Artikel Rakyat Kelantan sambut baik hukuman sebat secara terbuka
Sekianlah artikel Rakyat Kelantan sambut baik hukuman sebat secara terbuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rakyat Kelantan sambut baik hukuman sebat secara terbuka dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/rakyat-kelantan-sambut-baik-hukuman.html