Judul : Rakyat Malaysia masih perlukan Anwar
link : Rakyat Malaysia masih perlukan Anwar
Rakyat Malaysia masih perlukan Anwar
Oleh
PERANAN ketua pembangkang yang dipenjarakan, Anwar Ibrahim dalam menyatukan rakyat Malaysia menjadi subjek utama sebuah simposium yang diadakan di Pulau Pinang hari ini.
Mampukah Anwar menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di mana Barisan Nasional secara jelas gagal berbuat demikian? Adakah beliau mampu memimpin negara suatu hari nanti? Bagaimana beliau melihat Malaysia dan dunia?
Itu antara persoalan yang cuba dirungkai tiga ahli panel pada “simposium Pemikiran Anwar” yang diadakan di Institut Pulau Pinang.
Namun ketiga-tiga ahli panel terbabit bersetuju dengan satu perkara – Malaysia memerlukan beliau sebagai pemikir dan peminpin untuk membawa negara ke peringkat tertinggi.
Profesor Dr Muhammad Salleh berkata, Anwar adalah pemimpin yang seimbang dalam tindakannya.
“Seorang pemimpin yang memimpin dengan minda dan hati...Kita tertarik dengan pangkat dan wang namun hanya sedikit kemanusiaan. Malaysia dan dunia korup kerana kita abaikan kemanusiaan,” katanya.
Adakah Anwar mampu menyatukan rakyat Malaysia dan membawa konsep kesamarataan untuk semua? Dr Muhammad percaya Anwar mampu melakukannya.
“Anwar bukan sesiapa sebelum ini dan datang daripada akar umbi. Dia mampu membawa perubahan dan berjuang untuknya. Dia memiliki hati dan akal.”
Muhammad berkata, Anwar bukanlah sempurna namun ketidaksempurnaan dan kelemahan itu membenarkannya mencuba sesuatu yang baharu.
“Dia hanya manusia. Dia mahu mencuba dan menunjukkan kelemahannya,” kata Muhammad.
Dr Wong Chin Huat berkata, Anwar diperlukan untuk menjawab persoalan yang belum terjawab sejak 1946 – isu membabitkan keadaan negara dan kewarganegaraan, kesamarataan dan hak sebagai rakyat Malaysia.
“Anwar adalah pemikir. Kita memerlukan beliau untuk menjawab persoalan besar. Sekiranya beliau gagal, segala apa yang diperkatakannya adalah sia-sia jika tidak mampu menjawabnya,” kata Wong.
Seorang lagi ahli panel adalah timbalan naib canselor Universiti Selangor Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.
Simposium terbabit diadakan sempena pelancaran buku Anwar brtajuk “Anwar Ibrahim Penampilan Demokrat” yang ditulis Charles Allers.
Buku berkenaan dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Turut hadir presiden Pakatan Harapan yang juga isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail
Demikianlah Artikel Rakyat Malaysia masih perlukan Anwar
Sekianlah artikel Rakyat Malaysia masih perlukan Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rakyat Malaysia masih perlukan Anwar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/rakyat-malaysia-masih-perlukan-anwar.html