Rasuah bukan lagi ancaman biasa: SPRM

Rasuah bukan lagi ancaman biasa: SPRM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah bukan lagi ancaman biasa: SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah bukan lagi ancaman biasa: SPRM
link : Rasuah bukan lagi ancaman biasa: SPRM

Baca juga


Rasuah bukan lagi ancaman biasa: SPRM

SINAR ONLINE

Datuk Dzulkifli Ahmad
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad. - Foto Bernama
 
PUTRAJAYA - Rasuah yang berlaku ketika ini bukan lagi merupakan ancaman biasa kerana ia mampu menggugat kesejahteraan dan keselamatan rakyat sehingga menyebabkan sesebuah negara yang stabil menjadi kucar-kacir.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, oleh itu rakyat perlu tampil membantu dan menyokong usaha SPRM dalam memerangi kelompok yang mengkhianati amanah, menyeleweng dan menyalah guna kuasa.

"Jika tidak ditangani secara holistik, ancaman rasuah dan salah guna kuasa yang kian menular di semua peringkat masyarakat dikhuatiri bakal memusnahkan apa yang telah dikecapi negara selama ini," katanya dalam kenyataan hari ini sempena Sambutan Hari Pahlawan esok.

Beliau turut meminta seluruh rakyat bersama-sama memikul tanggungjawab dalam mengekalkan keamanan negara dengan mewujudkan persekitaran bebas daripada ancaman rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar bahawa keamanan yang wujud ketika ini adalah hasil perjuangan dan keberanian para perwira yang sanggup berkorban dan menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.

"Seluruh warga SPRM melahirkan rasa bangga dengan pengorbanan seluruh perajurit, anggota keselamatan dan para pesara yang telah menggadai nyawa demi negara," katanya.- Bernama



Demikianlah Artikel Rasuah bukan lagi ancaman biasa: SPRM

Sekianlah artikel Rasuah bukan lagi ancaman biasa: SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah bukan lagi ancaman biasa: SPRM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/rasuah-bukan-lagi-ancaman-biasa-sprm.html

Subscribe to receive free email updates: