Siapa Tanggung Jelajah Rafizi Ramli?

Siapa Tanggung Jelajah Rafizi Ramli? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Tanggung Jelajah Rafizi Ramli?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa Tanggung Jelajah Rafizi Ramli?
link : Siapa Tanggung Jelajah Rafizi Ramli?

Baca juga


Siapa Tanggung Jelajah Rafizi Ramli?

Fuad Shahdan

Rafizi Ramli


Rafizi Ramli merupakan seorang pemimpin pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan beliau terkenal dengan usaha-usahanya mendedahkan ‘kepincangan’ berterusan yang didakwa dilakukan oleh pihak Kerajaan. Setiap yang dilakukan Rafizi kadangkala begitu dipercayai oleh kebanyakan orang walaupun kadangkala beberapa fakta yang dikemukakan beliau didapati tersilap atau berlaku keraguan yang munasabah terhadap isu-isu yang dibawakannya.

Menggunakan kemahiran berbahasa, berbahas, berdebat dan berpidato, Rafizi nampak gah di pentas-pentas ceramah dan dilihat seperti ‘Singa’ bagi PKR dan Pakatan Harapan (PH). Semalam Rafizi melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diterajuinya, Invoke Malaysia (IM) telah mengumumkan akan mengadakan sesi jelajah ke daerah-daerah di seluruh Malaysia bermula bulan ini untuk berjumpa dengan seramai mungkin rakyat Malaysia.

Siri jelajah ini akan bergerak menggunakan sebuah trak kempen yang telah diubahsuai dan Rafizi bersedia memberikan penerangan kepada rakyat bagi menjelaskan mengenai tuntutan terhadap Kerajaan bagi meningkatkan gaji rakyat, mengurangkan kos sara hidup dan menghentikan kebanjiran pekerja asing. Ini merupakan tiga tuntutan yang akan diseru Rafizi kepada rakyat-rakyat di bawah khasnya di kawasan luar bandar. Sudah pasti selain daripada isu-isu berkenaan Rafizi mahu mengambil kesempatan yang ada untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai isu 1MDB.

Rafizi dan pasukannya akan bergerak ke beberapa kawasan utama seperti Johor Bahru, Tanjung Malim, Padang Rengas, Tambun, Balik Pulau, Ledang, Sembrong, Segamat, Melaka, Kuala Terengganu, Dungun, Kuantan dan Temerloh. Di samping ceramah, Rafizi juga akan menyajikan pengunjung dengan hidangan barbeku dan aiskrim. Begitu lunaknya tawaran yang dikemukakan oleh Rafizi. Selain daripada menawarkan tiga tuntutan berkenaan, beliau juga cuba bercanda dengan rakyat.

Berbalik kepada tiga tawaran yang dikemukakan oleh Rafizi untuk diatasi oleh Pakatan Harapan jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang amat jelas bahawa tawaran yang dikemukakan itu tidak datang dengan mekanisme yang tepat, tetapi hanya bermodalkan air liur semata-mata tanpa berpaksikan kepada realiti ekonomi semasa.

Ini sudah menjadi satu kebiasaan bagi pemimpin pembangkang menabur janji untuk melaksanakan pelbagai pendekatan yang mampu menyenangkan rakyat, tetapi hasilnya masih tidak terbukti dengan berkesan.

Di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Harapan kini juga masih berlaku kecelaruan dan masalah-masalah yang belum selesai. Di Pulau Pinang misalnya kes pembinaan terowong dasar laut dan di Selangor juga tidak suram dengan isu melibatkan pemimpin PKR yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rafizi meminta untuk PKR menjauhkan diri daripada pemimpin berkenaan. Mengapa perlu menjauhkan diri?

Rafizi juga sering digambarkan sebagai seorang pakar strategi politik handal dan beliau juga merupakan individu di sebalik Langkah Kajang dan menyebabkan tokoh hebat seperti Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai Menteri Besar Selangor dan kita lihat bagaimana kekalutan yang timbul akibat Langkah Kajang itu dan jelas tiada sebarang hasil bermanfaat kepada rakyat berhubung tindakan berkenaan.

Satu perkara terpenting berkaitan jelajah ini ialah sudah pasti ia memakan belanja besar kerana melibatkan banyak lokasi. Jadi bagaimanakah IM mendapat dana bagi menjalankan sesi seperti ini. Pihak manakah yang menyalurkan wang bagi Rafizi membeli trak yang diubah suai itu dan adakah benar IM bergerak atas kapasiti sebuah NGO? Persoalan seperti ini wajar dirungkaikan oleh Rafizi sendiri dan sebelum beliau bercakap soal ketelusan lebih baik beliau secara terbuka menjelaskan kepada rakyat bagaimana IM mendapat dana dan bagaimana sumber-sumber berkenaan digunakan untuk operasi organisasi yang didakwa sebagai NGO ini.

Kepada rakyat yang berhampiran dengan lokasi sesi ini nanti, lebih baik anda meraikan hujung minggu anda bersama-sama keluarga dan memanfaatkan cuti yang ada dengan lebih selesa daripada menghadiri sebuah sesi politik yang menghidangkan maklumat tidak sahih dan mengelirukan.




Demikianlah Artikel Siapa Tanggung Jelajah Rafizi Ramli?

Sekianlah artikel Siapa Tanggung Jelajah Rafizi Ramli? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa Tanggung Jelajah Rafizi Ramli? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/siapa-tanggung-jelajah-rafizi-ramli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :