Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan

Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan
link : Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan

Baca juga


Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan


AMANAH mencabar PAS mencadangkan kerajaan Kelantan menggubal enakmen bagi 'mengikat' mahkamah syariah di negeri itu dengan fatwa.

Anggota Jawatankuasa Biro Undang-undang (KANUN) Parti Amanah Negara, Faiz Fadzil, berkata buat masa ini tiada peruntukan dalam mana-mana enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri menyatakan fatwa boleh mengikat mahkamah.

Mengulas cadangan dibuat Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Faiz berkata kerajaan Kelantan sepatutnya terlebih dulu menyahut seruan pemimpin PAS terbabit.

"Jika kerajaan negeri tidak bersedia melakukannya, KANUN mencabar Khairuddin untuk mengemukan rang undang-undang persendirian melalui mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk mengusulkan cadangan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Khairuddin mencadangkan kerajaan pusat menggubal suatu akta untuk memberi kuasa undang-undang kepada fatwa negeri agar dijadikan rujukan bagi 'mengikat' mahkamah sivil dalam isu berkaitan Islam.

Cadangan itu dibuat ekoran keputusan Mahkamah Rayuan mengenai isu anak luar nikah yang boleh dibinkan dengan bapanya.

Menurut anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu (gambar), keputusan Mahkamah Rayuan menimbulkan polemik tentang sejauh mana Islam dan hukum syarak menjadi panduan dan mengikat penghakiman di mahkamah sivil.

"Di sinilah perlunya akta dicadangkan di parlimen untuk memberikan kuasa undang-undang kepada fatwa-fatwa negeri bagi dijadikan rujukan yang mengikat mahkamah sivil dalam isu-isu bersabit dengan Islam.

"Peruntukan undang-undang negeri ini sepatutnya menjadi rujukan utama kepada mahkamah sivil dalam menentukan penghakiman dalam isu-isu bersabit," katanya.

Akta sekat mahkamah

Kata Faiz, sesuatu fatwa mempunyai perbezaan antara satu negeri dengan negeri lain, manakala fungsi mufti (yang mengeluarkan fatwa) berbeza dengan hakim.

"Mufti membuat fatwa berasaskan pertanyaan dan soalan, sedangkan hakim membuat keputusan
setelah mendengar fakta dan panduan undang-undang.

"Fatwa bersifat nilai panduan (persuassive value) dan bukannya nilai mengikat (binding value).

"Justeru, kedudukan undang-undang sedia ada bahawa fatwa berfungsi sebagai panduan kepada mahkamah adalah selari dengan prinsip keadilan dan kebebasan kehakiman," katanya.

Menurut Faiz, sebagai penggubal undang-undang, Khairuddin perlu mendapatkan nasihat yang betul daripada daripada pakar perundangan PAS sebelum membuat kenyataan yang membelakangkan keluhuran perlembagaan dan prinsip keadilan.

"Mengikat mahkamah dengan fatwa akan menjejaskan proses keadilan.

"Mahkamah tidak boleh menilai sesuatu fakta secara mendalam dan mentafsir prinsip dan undang-undang dengan betul kerana akta yang dicadangkan itu akan meletakkan fatwa sebagai asas rujukan keputusan sesuatu kes.

"Maka, keadilan yang perlu dilihat dilaksanakan sama ada dalam undang-undang sivil dan syariah itu akan gagal.

"Akta dicadangkan itu juga akan menyekat kebebasan mahkamah semasa membuat keputusan, sedangkan kebebasan mahkamah adalah inti pati utama sistem keadilan," katanya.




Demikianlah Artikel Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan

Sekianlah artikel Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/usul-fatwa-ikat-mahkamah-wajar-bermula.html

Subscribe to receive free email updates: