Buli: 11 lagi pelajar kolej vokasional di Kuala Terengganu direman

Buli: 11 lagi pelajar kolej vokasional di Kuala Terengganu direman - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buli: 11 lagi pelajar kolej vokasional di Kuala Terengganu direman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buli: 11 lagi pelajar kolej vokasional di Kuala Terengganu direman
link : Buli: 11 lagi pelajar kolej vokasional di Kuala Terengganu direman

Baca juga


Buli: 11 lagi pelajar kolej vokasional di Kuala Terengganu direman

ANTARAPOS.COM

Post Pic
  
 
KUALA TERENGGANU: Seramai 11 pelajar lagi ditahan reman berhubung kes buli di sebuah kolej vokasional di Kuala Terengganu, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang direman 26 orang setakat ini.
 
Perintah reman selama tiga hari sehingga Sabtu terhadap 11 pelajar itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Roszita Md Saad di Kuala Terengganu hari ini bagi membolehkan mereka disiasat menurut Seksyen 142 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
 
Semalam, 15 pelajar direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan kes itu.
 
Kesemua pelajar terbabit dipercayai terlibat membuli tiga pelajar iaitu dua pelajar tahun satu dan seorang tahun dua di kolej berkenaan dengan kejadian terkini pagi hari Selasa.
 
Dalam kejadian 1.30 pagi Selasa, dua pelajar tahun satu yang berusia 16 tahun, mendakwa mengalami kecederaan di beberapa anggota badan setelah dipukul oleh beberapa pelajar senior dengan seorang daripada mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
 
Satu lagi kes membabitkan pelajar tahun dua berusia 17 tahun yang mendakwa dipukul oleh kumpulan pelajar yang sama ketika berada di surau pada 9.30 malam sebelum dipukul sekali lagi di asrama kolej kira-kira sejam kemudian dalam kejadian Isnin lalu.
 
Sementara itu Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata 11 pelajar terbabit yang kesemuanya berusia 17 tahun ditahan di rumah serta di asrama semalam.
 
Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa lagi tangkapan lain selepas ini.
 
"Sehingga hari ini seramai 26 orang telahpun ditahan, ” katanya ketika ditemui pemberita di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong, Permaisuri, di Kuala Terengganu.
 
Beliau turut meminta pihak sekolah membuat laporan polis pada kadar segera sekiranya berlaku insiden sedemikian di sekolah masing-masing.
 
 


Demikianlah Artikel Buli: 11 lagi pelajar kolej vokasional di Kuala Terengganu direman

Sekianlah artikel Buli: 11 lagi pelajar kolej vokasional di Kuala Terengganu direman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buli: 11 lagi pelajar kolej vokasional di Kuala Terengganu direman dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/buli-11-lagi-pelajar-kolej-vokasional.html

Subscribe to receive free email updates: