Judul : Enam ditahan dipercayai minta rasuah uruskan pinjaman peribadi
link : Enam ditahan dipercayai minta rasuah uruskan pinjaman peribadi
Enam ditahan dipercayai minta rasuah uruskan pinjaman peribadi
MALAYSIA GAZETTE
JOHOR BAHRU – Enam orang awam termasuk seorang kakitangan institusi kewangan berjawatan sale advisor ditahan kerana meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM50,000 sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi seorang guru lelaki.
Mereka berusia antara 29 hingga 33 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor di beberapa kawasan di bandar raya ini (Johor Bahru dan Permas Jaya) dan di Rompin, Pahang pada kelmarin dan semalam.
Empat suspek termasuk seorang wanita ditahan di sekitar Rompin, Pahang dan Permas Jaya, Johor Bahru pada 8 Ogos dan kini direman selama tujuh hari sehingga 15 Ogos ini.
Selain itu, dua wanita turut ditahan semalam di sebuah rumah di Permas Jaya yang mana salah seorang daripadanya bertugas sebagai sale advisor di sebuah institusi kewangan di Skudai Johor. Mereka turut direman selama lima hari bermula hari ini.
Hasil siasatan awal mendapati suspek telah terlibat meminta wang rasuah sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi yang melibatkan jumlah RM190,000.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi.
Pengarah SPRM Negeri Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau berkata, kes itu dipercayai dijalankan dan secara berkumpulan dan bersindiket sekali gus menyeru mana-mana orang yang pernah terlibat dalam kes seumpama itu tampil memberi maklumat kepada SPRM. – MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Enam ditahan dipercayai minta rasuah uruskan pinjaman peribadi
Sekianlah artikel Enam ditahan dipercayai minta rasuah uruskan pinjaman peribadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Enam ditahan dipercayai minta rasuah uruskan pinjaman peribadi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/enam-ditahan-dipercayai-minta-rasuah.html