Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit'

Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit'
link : Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit'

Baca juga


Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit'

MALAYSIA DATELINE

 Shazni Munir


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan supaya menjaga bahasa yang lebih cermat ketika berucap di hadapan golongan pesara  tanpa mengungkit dan mengugut sebagai modal politik sudah tidak relevan lagi, kata Shazni Munir Mohd Ithnin.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional ini menjelaskan, cara  Ahmad Zahid itu tidak sewajarnya ditonjolkan dihadapan pesara kerajaan.

"Cara pemangku Timbalan Presiden Umno itu berbahasa harus lebih cermat dan sedar diri.
"Ungkit-mengungkit dan ugut-mengugut sebagai modal politik ini, sudah tidak laku.

"Atuk, nenek, ayah dan ibu kami yang telah menyerahkan sepenuh jiwa raga dalam perkhidmatan awam bukan budak-budak Umno yang boleh diarah-arah Zahid.

"Beliau perlu segera belajar untuk hormat orang lebih berjasa, kalau tidak mahu namanya diludah generasi terkemudian," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai ucapan Timbalan Perdana Menteri itu ketika merasmikan Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 kelmarin.

Ketika bercakap dihadapan pesara Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan yang didakwa Pemuda Amanah sebagai tidak menghormati pengorbanan warga pesara di negara ini.

Antaranya seperti "'Gigit tangan (orang) yang pernah memberi makan pada kita" dan "sila bagi 'standing ovation' kepada kerajaan." yang mana Pemuda Amanah beranggapan ia tidak wajar diucapkan.


 "Tutur kata Datuk Seri Zahid sudah cukup menggambarkan betapa songsangnya cara berfikir orang nombor dua negara.

"'Gigit tangan (orang) yang pernah memberi makan pada kita', 'sila bagi standing ovation' kepada kerajaan, ini semua bahasa angkuh di depan pesara yang telah menyumbangkan sebahagian besar umur mereka untuk berbakti kepada negara.

"Golongan pesara ini tidak naif. Malah jika ditelusur lebih adil, apa masalahnya jika pesara-pesara ini memang mahu 'gigit tangan' kerajaan yang korup dan rosak?

"Dengan pengalaman luas sepanjang tempoh perkhidmatan, teramat jelas di mata mereka betapa teruknya kepimpinan negara kini berbanding zaman perkhidmatan mereka dahulu. Tidak keterlaluan untuk kita sebut, warga pesara ini jauh lebih berhak untuk 'menggigit' (kalau mereka mahu) - demi kepentingan negara yang mereka cintai," jelasnya.

Justeru katanya lagi, dengan tempoh perkhidmatan warga pesara yang mencecah 30 tahun atau lebih, Ahmad Zahid sepatutnya memberikan 'standing ovation kepada semua pesara ini.

"Tidak malukah Zahid sebagai orang politik yang tempoh perkhidmatan sepenggal sahaja sudah beroleh pencen (Akta 237, pindaan 2015) untuk meminta 'standing ovation' kepada mereka yang telah berkhidmat jauh lebih lama daripada beliau?," soalnya.

Pada Rabu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri telah merasmikan Perhimpunan 1Pesara Malaysia di Serdang.

Ketika berucap Ahmad Zahid dipetik Bernama berkata:"Dengan jumlah pesara seramai 778,894 orang ketika ini, kita tahu mungkin ada yang mempunyai perasaan bercampur baur tetapi beliau percaya anda tidak pernah 'gigit' organisasi yang pernah dan terus memberi 'makan' kepada kita," katanya



Demikianlah Artikel Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit'

Sekianlah artikel Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/golongan-pesara-jauh-lebih-berhak-jika.html

Subscribe to receive free email updates: