Judul : Guan Eng berdepan tindakan sivil jika tak mohon maaf - SPRM
link : Guan Eng berdepan tindakan sivil jika tak mohon maaf - SPRM
Guan Eng berdepan tindakan sivil jika tak mohon maaf - SPRM
ANTARAPOS.COMJELEBU: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh yang ditetapkan.
Ini berikutan kenyataannya yang menyifatkan tindakan menahan exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh sebagai 'penahanan haram', kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzuklifli Ahmad.
Beliau berkata setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada Guan Eng.
"Sebagaimana saya kata sebelum ini, kita minta Guan Eng tarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh yang kita tetapkan.
"Jika tiada (permohonan maaf secara terbuka), baru kita tengok apa tindakan yang patut diambil sama ada bersifat sivil atau jenayah," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Triang Hilir, Simpang Durian di Jelebu, semalam.
SPRM, dalam kenyataannya semalam, meminta Guan Eng membuat permohonan maaf itu secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarkan atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.
SPRM berkata kenyataan Guan Eng yang menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai 'penahanan haram' adalah kenyataan berunsur fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan nama baik serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM.
Demikianlah Artikel Guan Eng berdepan tindakan sivil jika tak mohon maaf - SPRM
Sekianlah artikel Guan Eng berdepan tindakan sivil jika tak mohon maaf - SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guan Eng berdepan tindakan sivil jika tak mohon maaf - SPRM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/guan-eng-berdepan-tindakan-sivil-jika.html