Judul : KEADILAN kekal bantu PAS tadbir Kelantan
link : KEADILAN kekal bantu PAS tadbir Kelantan
KEADILAN kekal bantu PAS tadbir Kelantan
KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir mengumumkan bahawa semua anggota parti yang dilantik untuk mengisi jawatan politik di negeri itu akan kekal menyandang jawatan mereka.
Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah beliau memberikan penjelasan kepada Biro Politik Pusat dalam mesyuarat mereka semalam.
“Biro Politik Pusat mengambil maklum dengan maklum balas yang dikemukakan oleh saya.
(Mereka) bersetuju dengan perkara-perkara berikut iaitu saya dikekalkan sebagai Pengerusi MPN Kelantan.
“Dan, lantikan politik kepada anggota KEADILAN oleh kerajaan negeri Kelantan dikekalkan atas alasan Menteri Besar Negeri Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri Kelantan masih memerlukan kerjasama KEADILAN dalam pentadbiran negeri,” katanya.
Perkembangan terkini ini berlaku selepas Biro Politik pada 16 Mei lalu memberikan arahan agar semua lantikan politik di Kelantan meletakkan jawatan ekoran tamatnya kerjasama di antara KEADILAN dan PAS.
Demikianlah Artikel KEADILAN kekal bantu PAS tadbir Kelantan
Sekianlah artikel KEADILAN kekal bantu PAS tadbir Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KEADILAN kekal bantu PAS tadbir Kelantan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/keadilan-kekal-bantu-pas-tadbir-kelantan.html