Lapor penjawat awam hidup mewah melampau, kata SPRM

Lapor penjawat awam hidup mewah melampau, kata SPRM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lapor penjawat awam hidup mewah melampau, kata SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lapor penjawat awam hidup mewah melampau, kata SPRM
link : Lapor penjawat awam hidup mewah melampau, kata SPRM

Baca juga


Lapor penjawat awam hidup mewah melampau, kata SPRM

BERNAMA

Logo SPRM 3


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjawat awam yang hidup mewah melampau agar melaporkan perkara itu kepada mereka dengan segera.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki berkata lazimnya penjawat awam yang hidup mewah ini terlibat salah guna kuasa dan rasuah serta mempunyai jawatan tertentu dalam kerajaan.

Azam Baki SPRM"Bagaimana pegawai kerajaan boleh hidup mewah melampau melebihi pendapatan mereka, SPRM akan melihat dari mana mereka (penjawat) dapat harta (melampau), adakah ia diperoleh secara sah," katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama malam tadi.

Beliau berkata SPRM kini membuat pemantauan teliti terhadap pegawai berjawatan tinggi termasuk melihat perolehan harta mereka.

Menurut Azam, penjawat awam yang telah bersara juga boleh dikenakan tindakan sekiranya mempunyai bukti kukuh mereka terlibat salah guna kuasa ketika dalam perkhidmatan.

"Ada kes seorang pengawai tinggi kerajaan dah bersara namun ketika perkhidmatan dia telah luluskan projek kepada syarikat, kami sedang jalankan siasatan terhadapnya.

"Pasukan Intelligence (SPRM) kini membuat pemantauan untuk tangani isu rasuah di kalangan penjawat awam yang berpangkat besar," kata Azam.

Sementara itu Azam berkata sebanyak 280 agensi telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang bertujuan memastikan organisasi masing-masing bebas rasuah.

"IBR mendapat sambutan dari semua pihak dan setakat ini hanya Kelantan dan Selangor belum menandatanganinya, kedua-dua negeri itu akan tandatangani IBR tidak lama lagi," kata Azam.



Demikianlah Artikel Lapor penjawat awam hidup mewah melampau, kata SPRM

Sekianlah artikel Lapor penjawat awam hidup mewah melampau, kata SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lapor penjawat awam hidup mewah melampau, kata SPRM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/lapor-penjawat-awam-hidup-mewah.html

Subscribe to receive free email updates: