Lebih 1200 pelajar sekolah dikesan terlibat dadah

Lebih 1200 pelajar sekolah dikesan terlibat dadah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 1200 pelajar sekolah dikesan terlibat dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 1200 pelajar sekolah dikesan terlibat dadah
link : Lebih 1200 pelajar sekolah dikesan terlibat dadah

Baca juga


Lebih 1200 pelajar sekolah dikesan terlibat dadah

THE MALAYSIAN TIMES
 


SEREMBAN: Seramai 1,256 pelajar sekolah dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak enam bulan pertama tahun ini, kata Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Abdul Rahman Hamid.

Beliau berkata ini berdasarkan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka dalam pemeriksaan yang dijalankan AADK di sekolah-sekolah.

“Dari kalangan pelajar sekolah ini walaupun masih terkawal, tetapi dianggap serius kerana bilangan itu semakin meningkat dibandingkan dengan tahun lalu.

“Kami kesan pelajar-pelajar ini merupakan penagih baharu. Meskipun baru terlibat, kami tetap berikan kesedaran melalui program-program yang dijalankan supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada terus bergelumang dengan najis dadah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NoU) antara AADK Negeri Sembilan dan Kolej Cosmopoint Seremban di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah AADK Negeri Sembilan Ismail Ahmad Khairi.

Abdul Rahman berkata sekolah-sekolah yang didapati pelajar mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dikategorikan sebagai sekolah berisiko dan justeru itu, AADK mengambil tindakan berkolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengatasi masalah itu

“Pihak kerajaan mengganggap serius perkara ini dan tindakan serius akan diambil dengan menggerakkan program-program yang sepatutnya dibuat dalam kalangan pelajar yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata pelajar yang positif dadah ini akan di tempatkan di bawah program ‘Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS)’ dan program Intelek Asuhan Rohani (Pintar).

Sementara itu, pada tahun ini didapati bilangan paling ramai pelajar terlibat penyalahgunaan dadah adalah di Kedah dan bagi tempoh enam bulan pertama ini juga, AADK mengesan 337 pelajar
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Majlis menandatangani NoU)antara AADK Negeri Sembilan dan Kolej Cosmopoint Seremban itu bertujuan memberi pemahaman dan pendedahan tentang kesan dadah kepada golongan belia di samping menerapkan semangat kesukarelaan dalam diri pelajar melalui penyertaan program-program komuniti yang dianjurkan AADKNS.— BERNAMA



Demikianlah Artikel Lebih 1200 pelajar sekolah dikesan terlibat dadah

Sekianlah artikel Lebih 1200 pelajar sekolah dikesan terlibat dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 1200 pelajar sekolah dikesan terlibat dadah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/lebih-1200-pelajar-sekolah-dikesan.html

Subscribe to receive free email updates: