Judul : Pendirian PKR selaras dengan PH, kata Shaharuddin
link : Pendirian PKR selaras dengan PH, kata Shaharuddin
Pendirian PKR selaras dengan PH, kata Shaharuddin
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Ketetapan yang dicapai oleh PKR pada mesyuarat biro politiknya semalam adalah untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan, kata Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada parti itu bersetuju menggugurkan hasrat bekerjasama dengan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 supaya selari dengan pendirian PH.
"Iya memang selaras (dengan PH), sebab itu kita kata kita akan memperkukuhkan Pakatan Harapan," katanya kepada Antarapos.
Beliau ditanya mengenai pendirian PKR selepas mesyuarat Biro Politik parti itu semalam tidak mengumumkan sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan PAS pada PRU14.
Kenyataan media selepas mesyuarat itu semalam hanya menyebut 'PKR komited kepada usaha memperkukuh Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14'.
Ditanya lagi sama ada pendirian PKR itu memberi makna bahawa tiada lagi rundingan bersama PAS, Shaharuddin enggan mengulas lanjut sebaliknya mengulangi ketetapan mesyuarat Biro Politik parti.
"Yang pentingnya, kukuhkan Pakatan Harapan dan melaksanakan apa saja strategi untuk memastikan kekalahan BN," kata beliau.
Isnin lalu, mesyuarat Majlis Presiden PH memutuskan gabungan itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan PAS, selain menegaskan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.
Keputusan Majlis Presiden PH itu sekaligus mengundang kejutan kerana ia dimuktamadkan di kala kalangan pemimpin PKR sedang berdebat mengenai rundingan bersama PAS, sehingga mewujudkan dua kumpulan yang bertentangan pendapat di dalam parti tersebut.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, PKR kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang pertama berpendirian keutamaan parti adalah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor meskipun perlu berunding dan bekerjasama dengan PAS.
Manakala kumpulan kedua pula bertegas mahu PKR komited bersama DAP, Amanah dan PPBM sahaja dalam PH menghadapi PRU14.
Diajukan mengenai pendedahan Rafizi itu, ulas Shaharuddin, sepatutnya apa saja perbincangan perlu diselesaikan dalam mesyuarat dan tidak perlu didedahkan kepada orang lain.
Demikianlah Artikel Pendirian PKR selaras dengan PH, kata Shaharuddin
Sekianlah artikel Pendirian PKR selaras dengan PH, kata Shaharuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pendirian PKR selaras dengan PH, kata Shaharuddin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/pendirian-pkr-selaras-dengan-ph-kata.html