Judul : Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan
link : Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan
Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan
MALAYSIAKINIPetroliam Nasional Bhd (Petronas) menaikkan komitmen bayaran dividennya kepada kerajaan selepas melaporkan keuntungan suku kedua meningkat empat kali ganda berikutan kenaikan harga minyak dan margin lebih baik.
Petronas walau bagaimanapun mengekalkan pandangan atau ramalan yang berhati-hati, dengan berkata, prestasi keseluruhan pada akhir tahun dijangka "sederhana" ketika harga minyak terus tidak menentu.
Keuntungan suku kedua syarikat itu meningkat kepada RM7.06 bilion daripada RM1.68 bilion pada suku yang sama tahun lalu. Pendapatan meningkat 10 peratus kepada RM51.63 bilion.
"Walaupun harga minyak lebih tinggi berbanding tahun lalu dan keseluruhan prestasi kewangan dan operasi yang lebih kukuh, industri masih tidak menentu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin pada sidang akhbar, hari ini.
Sehubungan dengan itu, Petronas, satu-satunya syarikat Fortune 500 di Malaysia, akan membayar kerajaan dividen sebanyak RM16 bilion tahun ini berbanding komitmen awal pada RM13 bilion.
Kenaikan itu baru-baru ini diluluskan oleh lembaga pengarah susulan prestasi kewangan syarikat, katanya. Petronas tahun lalu membayar kerajaan RM16 bilion dan RM26 bilion pada tahun 2015.
Dividen Petronas tahun lalu menyumbang kepada 7.5 peratus daripada jumlah hasil kerajaan.
- Reuters
Demikianlah Artikel Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan
Sekianlah artikel Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/petronas-bayar-dividen-rm16-bilion.html