Judul : RUU 355 PAS ditangguh ke sidang akan datang
link : RUU 355 PAS ditangguh ke sidang akan datang
RUU 355 PAS ditangguh ke sidang akan datang
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU355) sekali lagi ditangguhkan pada sidang dewan rakyat kali ini.
Usul yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu pada awalnya disenaraikan sebagai item ke-10 dalam Kertas Perintah, di belakang urusan kerajaan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum itu mengumumkan empat rang undang-undang kerajaan akan ditangguhkan kepada sidang parlimen yang akan datang dan rang undang-undang Hadi ditolak ke item keenam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kemudiannya bertindak membentangkan usul supaya sidang Dewan Rakyat hari ini berakhir hanya selepas lima rang undang-undang kerajaan diluluskan.
RUU355 yang dibentang oleh Hadi pada 6 April lalu bertujuan untuk memperkasakan kuasa mahkamah syariah.
Bagaimanpun, RUU itu tidak didebat selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menundakan persidangan Dewan Rakyat.
Speaker membuat keputusan itu selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menamatkan ucapannya menyokong pembentangan RUU berkenaan.
Untuk rekod, ini adalah kali ketiga Hadi membentangkan rang undang-undang berkenaan. Kali pertama adalah pada 26 Mei tahun lalu.
Ia bertujuan meminda Seksyen 2 akta berkenaan termasuk penambahan tempoh penjara lebih tiga tahun atau denda lebih RM5,000 atau lebih enam sebatan kepada hukuman penjara lebih 30 tahun atau denda lebih RM100,000 atau 100 sebatan dilaksana mengikut jenayah syariah.
Demikianlah Artikel RUU 355 PAS ditangguh ke sidang akan datang
Sekianlah artikel RUU 355 PAS ditangguh ke sidang akan datang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RUU 355 PAS ditangguh ke sidang akan datang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/ruu-355-pas-ditangguh-ke-sidang-akan.html