Judul : Saya mungkin tanding di DUN Johor, kata Kit Siang
link : Saya mungkin tanding di DUN Johor, kata Kit Siang
Saya mungkin tanding di DUN Johor, kata Kit Siang
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang tidak menolak kemungkinan untuk bertanding di salah satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya, tindakan beliau itu susulan serangan yang dipercayai dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) Gelang Patah terhadapnya.
"Oleh kerana Umno Gelang Patah terlalu hendak tahu, saya akan memikirkan untuk bertanding di DUN. Ini yang akan buat saya tukar alamat ke Gelang Patah dan membolehkan saya bertanding di DUN Johor. Saya akan fikir dan umumkan nanti," beliau yang mewakili Parlimen Gelang Patah berkata demikian sidang media di Dewan Rakyat, petang tadi.
Kit Siang memberithau, beberapa hari lalu Umno Gelang Patah ada menaikkan kain rentang di kawasan parlimennya, yang tertulis, 'Maaf, Pakcik Kit Siang, kami bukan Rihanna, kami tidak suka cara anda menipu'.
Kain rentang itu dipercayai merujuk kepada satu desakan daripada Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial menyatakan bukti tempat kelahirannya selepas timbul keraguan beliau dilahirkan di Malaysia.
Kononnya Kit Siang tidak dilahirkan di negara itu, sebaliknya 'dibawa' masuk ke Malaysia.
Dalam sidang media itu juga, Kit Siang melahirkan rasa kurang senangnya terhadap tuduhan tersebut yang mempersoalkan kerakyatan Penasihat DAP itu.
"Saya menjadi perhatian utama di kalangan pemimpin Umno-Barisan Nasional, penyebar propaganda dan tentera siber; mangsa penipuan dan fakta yang salah, bahawa saya penyebab kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969.
"Bahawa saya adalah komunis, cauvanis, agen kepada kuasa asing untuk menjadikan 'Christian Malaysia', malah ketua boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan lain-lain," katanya.
Demikianlah Artikel Saya mungkin tanding di DUN Johor, kata Kit Siang
Sekianlah artikel Saya mungkin tanding di DUN Johor, kata Kit Siang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya mungkin tanding di DUN Johor, kata Kit Siang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/saya-mungkin-tanding-di-dun-johor-kata.html