Judul : Tentera tidak berpencen terima pendapatan bulanan
link : Tentera tidak berpencen terima pendapatan bulanan
Tentera tidak berpencen terima pendapatan bulanan
RUU itu juga memberi kuasa kepada menteri untuk membenarkan tabung angkatan tentera digunakan bagi pembayaran anuiti di bawah skim itu.
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 diluluskan pada sidang Dewan Rakyat hari ini bertujuan menjamin kebajikan pegawai dan askar yang tidak berpencen di bawah skim anuiti veteran.
RUU itu yang dibentangkan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.
Johari ketika menggulung perbahasan berkata menerusi skim baharu yang diperkenalkan itu, anggota tentera yang tidak berpencen akan menerima pemberian pendapatan tetap secara bulanan menerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
“Susulan persetujuan jemaah menteri dan mengambil kira faedah jangka panjang yang bakal diterima, maka pindaan dibuat kepada Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101) bagi mewujudkan skim ini.
“Seramai 831 anggota setiap tahun akan mendapat faedah daripada skim ini yang sekaligus dapat menjamin kebajikan pegawai dan askar laskar yang tidak berpencen termasuk keluarga mereka,” katanya.
RUU itu antara lain memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan dan membenarkan tabung angkatan tentera digunakan bagi pembayaran anuiti di bawah skim itu.
Johari berkata pindaan itu juga membolehkan pemotongan gaji bagi caruman askar berkelayakan untuk pencen diteruskan jika perkhidmatan mereka disambung sehingga diberhentikan daripada Angkatan Tentera Malaysia.
Demikianlah Artikel Tentera tidak berpencen terima pendapatan bulanan
Sekianlah artikel Tentera tidak berpencen terima pendapatan bulanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tentera tidak berpencen terima pendapatan bulanan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/tentera-tidak-berpencen-terima.html