Tragedi Memali: Amanah tak lindungi sesiapa, sedia bekerjasama

Tragedi Memali: Amanah tak lindungi sesiapa, sedia bekerjasama - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tragedi Memali: Amanah tak lindungi sesiapa, sedia bekerjasama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tragedi Memali: Amanah tak lindungi sesiapa, sedia bekerjasama
link : Tragedi Memali: Amanah tak lindungi sesiapa, sedia bekerjasama

Baca juga


Tragedi Memali: Amanah tak lindungi sesiapa, sedia bekerjasama

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pimpinan Amanah tidak pernah melindungi mana-mana individu dalam soal penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan menyiasat tragedi berdarah Memali.
 
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata malah pimpinan Amanah yang merupakan serpihan ahli PAS bersedia memberikan apa jua bentuk kerjasama menjurus kepada keadilan siasatan tersebut sekiranya diperlukan kelak.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan yang mendakwa pimpinan Amanah yang dahulunya antara penggerak lantang memperjuangkan keadilan insiden itu namun kini dilihat menjaga 'hati' individu tertentu.
 
"Bohong itu bohong. Bohong, bidaah itu.
 
"Apa pula kata kita tidak lantang dan kononnya kita nak mempertahankan Dr Mahathir. Tidak ada kena mengena langsung. Sengaja nak buat omong, nak keliru orang, nak buat kebencian pada parti Amanah. Itu sahaja.
 
"Kita memang sudah buat kenyataan rasmi. Timbalan Presiden kita buat bersama dengan Presiden, dan saya Setiausaha Agung duduk sebelah. Kita buat kenyataan bertulis. Apa lagi PAS nak bangkitkan soal ini," katanya kepada Antarapos.
 
Anuar dalam pada itu turut membidas Nasruddin, yang katanya hanya sekadar 'omong kosong' sahaja sedangkan beliau masih belum terlibat aktif bersama PAS ketika peristiwa Memali itu berlaku.
 
"Kita tahu pemimpin Amanah yang pernah berada dalam PAS itu kita tidak tahu dia sudah masuk 
 
"PAS ke belum lagi. Cuba tanya dekat dia, (Nasruddin) dia sudah masuk PAS ke belum pada masa itu. Atau pun dia masih belajar lagi.
 
"Jadi sekarang ini saya rasa kalau nak buat RCI kita sokong dan akan bekerjasama. Jika perlu kita akan pergi untuk berikan kesaksian apa yang kita dalam peristiwa itu. 
 
"Jadi tidak timbul. PAS tak payah nak bising-bising dalam soal ini. Orang yang waktu itu tidak ada pun sebenarnya dalam PAS lagi sewaktu peristiwa Memali nak bising sekarang ini," tambahnya.
 
Terdahulu, Nasrudin menerusi ceramahnya di Kangar kelmarin lantas mengkritik pimpinan Amanah yang dakwa beliau bersikap hipokrit dan menentang penubuhan RCI ekoran kini menganggotai Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi.
 
Dalam ceramah tersebut, beliau turut mengingatkan ketika pemimpin-pemimpin berkenaan berada dalam PAS, mereka  adalah antara penggerak yang lantang memperjuangkan keadilan insiden berdarah 32 tahun lalu itu.
 
Peristiwa Memali yang telah berlaku pada 19 Nov 1985 itu meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
 
Peristiwa itu kembali hangat selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa punca kekecohan tercetus ketika forum 'Nothing to Hide 2.0' adalah disebabkan jawapan Dr Mahathir yang tidak memuaskan berkaitan peristiwa Memali.
 
Sebaliknya, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Nor bertindak mengaitkan Ahli Parlimen Marang itu dengan 'Amanat Hadi' pada 1981 yang dianggap membawa kesan pada insiden itu empat tahun kemudian.
 
 


Demikianlah Artikel Tragedi Memali: Amanah tak lindungi sesiapa, sedia bekerjasama

Sekianlah artikel Tragedi Memali: Amanah tak lindungi sesiapa, sedia bekerjasama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tragedi Memali: Amanah tak lindungi sesiapa, sedia bekerjasama dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/tragedi-memali-amanah-tak-lindungi.html

Subscribe to receive free email updates: