2 wakil rakyat PH berbeza pandangan mengenai pesta arak

2 wakil rakyat PH berbeza pandangan mengenai pesta arak - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 wakil rakyat PH berbeza pandangan mengenai pesta arak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 wakil rakyat PH berbeza pandangan mengenai pesta arak
link : 2 wakil rakyat PH berbeza pandangan mengenai pesta arak

Baca juga


2 wakil rakyat PH berbeza pandangan mengenai pesta arak

 
Dr Siti Mariah Mahmud mempersoalkan sama ada Pakatan Harapan mahu mempromosikan pengambilan arak sementara Charles Santiago berkata tindakan kerajaan mempertaruhkan kebebasan orang bukan Islam. 


Siti-Mariah_charles_beer_600


PETALING JAYA: Dua wakil rakyat Pakatan Harapan hari ini berbeza pendapat mengenai langkah pihak berkuasa menolak permohonan permit penganjuran Festival “Better Beer” 2017 yang dijadualkan 6-7 Oktober ini di ibu negara.

Ahli Parlimen Amanah Dr Siti Mariah Mahmud tidak bersetuju dengan penganjuran pesta arak itu dan mempersoalkan sama ada Pakatan Harapan mahu mempromosikan pengambilan arak.

“Saya faham pesta ini tidak melibatkan orang Islam, tetapi orang bukan Islam juga rakyat kita. Saya bimbang semakin ramai rakyat kita ketagih arak dan memberi kesan kesihatan kepada sosial yang berkaitan dengannya.

Bagaimanapun, seorang ahli Parlimen DAP berkata tindakan menolak permohonan penganjuran permit itu, yang dilaporkan kerana “sensitiviti politik”, mempertaruhkan kebebasan orang bukan Islam.

“Kita sudah lihat protes daripada golongan Islam PAS dan kumpulan konservatif lain terhadap konsert artis Barat, lagu yang dianggap terlalu lucah, malahan sambutan Hari Valentine’s,” kata Charles Santiago.

“Elemen radikal sebegitu bahaya dalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia di mana Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan sivil untuk semua rakyat.”

Festival “Better Beer” 2017 merupakan kali ketiga acara sebegitu dianjurkan di negara ini, selepas Bukit Bintang pada 2012 dan Solaris Dutamas pada 2016.

Penganjur, MyBeer Malaysia semasa mengesahkan pembatalan acara itu berkata pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan mereka membatalkan acara itu kerana isu pelesenan dan keputusan itu dibuat “disebabkan sensitiviti politik berhubung acara itu”.

“Sejak ia dipolitikkan, ada segelintir mahu menghadirinya kerana membantah apa yang mereka rasakan sebagai usaha orang Melayu Islam menyekat hak dan memaksakan nilai kepada orang bukan Melayu,” kata Dr Mariah.

Arahan DBKL itu menyusuli bantahan kuat daripada PAS yang melabelkan acara itu sebagai “pesta maksiat”, yang boleh membawa kepada jenayah dan seks rambang.

Charles bagaimanapun berkata tiada insiden jenayah dilaporkan sejak festival itu dianjurkan pada 2012. Beliau menambah tindakan DBKL satu kesilapan besar dan contoh pihak berkuasa tempatan membuat keputusan sembarangan.

“DBKL belum mengeluarkan alasan konkrit atas keputusan mereka, mereka hanya memberitahu penganjur bahawa pengharaman itu kerana sentimen politik terhadap acara itu,” katanya.





Demikianlah Artikel 2 wakil rakyat PH berbeza pandangan mengenai pesta arak

Sekianlah artikel 2 wakil rakyat PH berbeza pandangan mengenai pesta arak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 wakil rakyat PH berbeza pandangan mengenai pesta arak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/2-wakil-rakyat-ph-berbeza-pandangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :