Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’

Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’ - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’
link : Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’

Baca juga


Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’

 
Hamizura Osman, adik kepada naib presiden PPBM, berkata pembangkang perlu berhati-hati dalam perjuangan untuk menjatuhkan Najib.


hamizura


PETALING JAYA: Adik kepada Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman hari ini meminta maaf beberapa jam selepas memuat naik kiriman Facebook yang disifatkan sebagai perkauman.

“Saya minta maaf…Selepas ini saya tak akan usik tentang Cina lagi,” kata Hamizura Osman.

Hamizura dalam kiriman awal pagi tadi berkata penyokong pembangkang perlu berhati-hati dalam meraih sokongan Cina dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam usaha kita nak turunkan Najib. Dalam masa yang sama, jangan bagi Cina pijak kita. Tak perlulah memuji sang Cina dalam kalangan kita.

“Cina yang sepatutnya merayu kepada Melayu…. Ini bumi Melayu,” katanya.

Kenyataannya itu mengundang kecaman dan juga sokongan.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail merupakan salah seorang yang membidas Hamizura atas kenyataan itu.

“Saya tidak setuju dengan kenyataan rasis (bersifat perkauman) ini. Jangan guna nama Dr Mahathir dan lambang PPBM atas kenyataan rasis ini,” kata Tariq meurujuk kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Masyarakat Cina di Malaysia adalah warganegara Malaysia dan berhak tinggal di negara ini. Kita tidak boleh menafikan sumbangan masyarakat Cina kepada negara ini,” katanya dalam kiriman Facebook.

Tariq menekankan wawasan parti adalah untuk mengembalikan dan memperkasakan maruah Melayu berteraskan keadaban, kesopanan dalam kata-kata dan tindakan.

Beliau juga menambah, hak Melayu adalah untuk memperkasakan maruah Melayu, bukan memperjuangkan ketuanan Melayu.

“Kalau mahu memperjuangkan Ketuanan Melayu dengan mencaci dan menghasut orang dan rakyat jelata, saya cabar kamu kembali ke Umno,” kata Tariq dalam responsnya di Facebook itu.

“Saya yakin Umno sendiri tidak mahukan kamu. Rakyat akan tolak kamu. Kita semua harus sentiasa ingat tiap hari kita solat, kita doa kepada Allah untuk membawa kita ke jalan yang lurus. Bukankah ini pedoman kita?

“Jangan ikut resmi lalang, semakin berisi makin tegak. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk,” kata Tariq yang menyeru Hamizura untuk merendah diri.

Beliau berkata tindakan Hamizura memalukan parti dan juga kakaknya, Hamidah.



Demikianlah Artikel Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’

Sekianlah artikel Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/adik-pemimpin-ppbm-mohon-maaf-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :