‘Ahli Biro Politik tak berdisiplin akibatkan PKR bercelaru’

‘Ahli Biro Politik tak berdisiplin akibatkan PKR bercelaru’ - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Ahli Biro Politik tak berdisiplin akibatkan PKR bercelaru’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Ahli Biro Politik tak berdisiplin akibatkan PKR bercelaru’
link : ‘Ahli Biro Politik tak berdisiplin akibatkan PKR bercelaru’

Baca juga


‘Ahli Biro Politik tak berdisiplin akibatkan PKR bercelaru’

 


ULASAN - Saya dihubungi berkali-kali oleh rakan-rakan media pada Hari Raya Aidiladha mengenai satu laporan yang disiarkan Sinchew Daily kononnya saya diberi amaran keras oleh Biro Politik kerana memburukkan nama baik parti dan akan dipecat dari PKR jika terus bersuara.

Berita itu ditulis berdasarkan satu sumber dari Biro Politik yang tidak dinamakan.

Saya ingin mengesahkan bahawa tidak ada sebarang keputusan Biro Politik yang begitu.

Saya tidak diberi sebarang amaran oleh sesiapa dan tiada sebarang keputusan mengenai tindakan tatatertib dibuat oleh Biro Politik. Sudah tentu berita yang saya boleh dipecat juga direka-reka.

Semua ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saya tidak terkejut dengan perkara ini kerana ia pernah berlaku beberapa kali sebelum ini setiap kali ada perbezaan pendapat yang ketara di dalam kepimpinan.

Ada beberapa orang pimpinan PKR yang gemar memberikan gambaran yang salah kepada pihak media dengan berselindung di sebalik nama “sumber dalaman parti” untuk memastikan pandangan mereka diambil sebagai pandangan umum, walaupun itu bertentangan dengan perbincangan atau keputusan sebenar Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Ini pernah berlaku semasa pelantikan menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, apabila berita-berita yang tidak sahih terus dibekalkan kepada pengamal media yang jelas memusuhi PKR.

Walaupun mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat dengan secara jelas memutuskan hanya satu calon untuk jawatan menteri besar iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ada sahaja berita-berita dari sumber tidak rasmi kononnya ada keputusan yang berbeza.

Perkara yang sama berlaku menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak. Sedang Biro Politik berkali-kali memutuskan untuk mempertahankan perjanjian pembahagian kerusi yang telah dipersetujui di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan, ada segelintir ahli Biro Politik yang menghantar mesej yang berlainan kepada pimpinan PKR di Sarawak, yang akhirnya sampai kembali kepada saya sebagai setiausaha agung apabila mereka (pimpinan akar umbi) mahu mengesahkan berita itu.

Tidak berdisiplin

Selagi dua atau tiga orang ahli Biro Politik ini tidak berdisiplin dan memberikan maklumat yang salah kepada pihak media dan anggota parti, keadaan akan terus bercelaru.

Oleh sebab itulah saya mengambil keputusan (sejurus selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar) bahawa masa dan tenaga saya lebih dimanfaatkan bergelumang dengan kempen PKR dan Pakatan Harapan di kerusi-kerusi marginal berbanding cuba membetulkan maklumat yang salah yang disebarkan secara berterusan oleh dua atau tiga orang ahli Biro Politik ini.

Sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri agar perkara ini tidak sampai ke pihak media tatkala pimpinan-pimpinan yang sama sedang mengusahakan perbincangan dengan PAS.

Untuk tidak terus bertembung akibat maklumat yang salah disebarkan, saya mengambil keputusan lebih baik tidak turut serta di dalam mesyuarat Biro Politik untuk mengurangkan kebarangkalian saya terpaksa membetulkan versi keputusan Biro Politik yang kerapnya diberikan tafsiran berbeza.

Kini, kita sudah terlalu dekat dengan Pilihanraya Umum ke-14 dan sewajarnya kita memberi fokus kepada persediaan PRU14 (bukannya berita-berita dalaman sebegini).

Saya mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Azmin Ali untuk patuh kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan dan saya yakin sebagai Pengarah Pilihanraya Pakan Harapan, beliau ada ruang besar untuk menyumbang memperkasakan persediaan Pakatan Harapan menghadapi BN, walaupun jika berlaku pertembungan tiga penjuru.

Saya juga menyeru keseluruhan pimpinan PKR dari yang tertinggi di Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat, sehinggalah kepada pimpinan akar umbi untuk memberi tumpuan kepada persediaan PRU-14 dan tidak melayan berita politik yang tidak membantu mengalahkan Umno/BN.

Jaga kawasan masing-masing

Saya akan terus turun ke kerusi-kerusi marginal di seluruh negara. Dalam bulan Julai dan Ogos, saya telah berkempen sebanyak 61 kali (ceramah dan acara kempen lain) di 46 kerusi marginal di peringkat Parlimen dan DUN di seluruh negara iaitu sekitar tujuh atau lapan kerusi DUN/Parlimen setiap minggu tanpa henti.

Jumlah tontonan terkumpul semua ceramah-ceramah ini di Facebook dan Youtube telah mencecah 1.1 juta tontonan sepanjang dua bulan ini.

Saya yakin tanggungjawab berjumpa pengundi di bawah dan menyampaikan maklumat sebegini adalah lebih penting dari melayan berita-berita tidak sah yang direka oleh sumber-sumber yang tidak berani menerbitkan nama mereka sendiri.

Maka, saya beranggapan perbezaan pendapat mengenai rundingan kerusi dengan PAS telah tamat dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipersetujui oleh Biro Politik PKR dan dihormati oleh Azmin sendiri dalam kenyataannya dua hari lalu kepada pihak media.

Oleh itu, ini masa untuk menjaga kawasan masing-masing dan menumpukan perhatian kepada kempen akar umbi untuk menghadapi PRU-14 yang boleh dipanggil bila-bila masa dari sekarang.

RAFIZI RAMLI anggota parlimen Pandan merangkap naib presiden PKR.



Demikianlah Artikel ‘Ahli Biro Politik tak berdisiplin akibatkan PKR bercelaru’

Sekianlah artikel ‘Ahli Biro Politik tak berdisiplin akibatkan PKR bercelaru’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Ahli Biro Politik tak berdisiplin akibatkan PKR bercelaru’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/ahli-biro-politik-tak-berdisiplin.html

Subscribe to receive free email updates: