Judul : Ameng kembali kuat selepas dalami al-Quran
link : Ameng kembali kuat selepas dalami al-Quran
Ameng kembali kuat selepas dalami al-Quran
TIADA istilah terlambat untuk mempelajari al-Quran bagi vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, yang berkongsi pengalamannya mengenali al-Quran ketika sesi sembang santai sempena Gema Wahyu Merdeka #QuranHour, hari ini.
Menurutnya, ketika ditahan di Penjara Kluang, hanya tuhan mengetahui perasaannya ketika itu.
"Pada tahun pertama berada dipenjara, datang seorang pegawai penjara memberitahu saya, duduk di dalam penjara tidak susah.
"Apa yang perlu difikir adalah saya perlu mencari apa yang perlu diisi. Dia nasihatkan saya macam itu. Waktu itu saya berfikir betul juga apa yang dikatakannya," katanya pada program sempena Merdeka #QuranHour yang diadakan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, hari ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu 'Sampai Hati' itu berkata, ketika itu beliau berasakan perlu mempelajari al-Quran.
Katanya, semasa kecil, beliau cemburu melihat orang yang pandai baca al-Quran.
"Masa itu saya hanya kumat-kamitkan mulut sahaja. Kemudian bila menceburi bidang hiburan, masa semakin terhad.
"Dalam penjara, pendidikan agama memang cukup sempurna. Modul pembelajarannya seperti sekolah pondok yang mana ada ustaz yang mengajar banyak subjek seperti taranum, fiqah dan tajwid.
"Alhamdulillah...selepas mendalami al-Quran, saya kembali kuat dan perjalanan rezeki itu memang nampak walaupun saya masih di penjara ketika itu," katanya.
Demikianlah Artikel Ameng kembali kuat selepas dalami al-Quran
Sekianlah artikel Ameng kembali kuat selepas dalami al-Quran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ameng kembali kuat selepas dalami al-Quran dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/ameng-kembali-kuat-selepas-dalami-al.html