Judul : Amiel mahu tolong ayah, ibu masuk syurga’
link : Amiel mahu tolong ayah, ibu masuk syurga’
Amiel mahu tolong ayah, ibu masuk syurga’
Dalam nota terakhir itu, Amiel Ashraf Abd Rasid mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya yang menjaganya selama 11 tahun.
KUALA LUMPUR: Norhayati Karim tidak menyangkakan nota tulisan tangan yang diterimanya semalam merupakan kata-kata terakhir anaknya yang meninggal dunia dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.
Dalam nota terakhir itu, Amiel Ashraf Abd Rasid mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya yang menjaganya selama 11 tahun.
“Ibu ayah, Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.
“Ibu ayah, Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.
“Amiel tak tahu macam (mana) nak balas jasa budi ayah dan ibu, hanya ini sahaja yang Amiel mampu (iaitu) masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga,” tulis Amiel dalam nota separuh muka surat itu.
Norhayati Karim, 42, berkata Amiel tidak berkelakuan pelik dalam pertemuan petang semalam dan beliau sempat memeluk serta mengucup pipi anak sulung daripada 4 beradik itu.
Beliau berkata, ketika menyerahkan nota itu, Amiel meminta beliau membaca nota berkenaan di rumah.
“Surat yang saya terima ini yang pertama mengenai luahan hati anak saya. Masa terima, saya cuma terharu dan tidak rasa (ada perkara) yang ganjil masa itu,” katanya ketika ditemui di Surau Ittifaqiyah Keramat, hari ini.
Beliau berkata, Amiel yang bercita-cita menjadi ustaz, belajar di sebuah sekolah tahfiz di Kelantan sebelum dipindahkan ke pusat tahfiz di Keramat itu, 3 bulan lalu.
Katanya, beliau dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada jam 7.30 pagi tadi.
Demikianlah Artikel Amiel mahu tolong ayah, ibu masuk syurga’
Sekianlah artikel Amiel mahu tolong ayah, ibu masuk syurga’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amiel mahu tolong ayah, ibu masuk syurga’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/amiel-mahu-tolong-ayah-ibu-masuk-syurga.html