Anak gesa Felda berhijrah, lakukan perubahan total

Anak gesa Felda berhijrah, lakukan perubahan total - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak gesa Felda berhijrah, lakukan perubahan total, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak gesa Felda berhijrah, lakukan perubahan total
link : Anak gesa Felda berhijrah, lakukan perubahan total

Baca juga


Anak gesa Felda berhijrah, lakukan perubahan total


Anak gesa Felda berhijrah, lakukan perubahan total


Sempena sambutan tahun baru Hijrah yang disambut hari ini, Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) menggesa Felda melakukan perubahan menyeluruh bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi agensi pembangunan tanah negara tersebut.

Presidennya Mazlan Aliman menyenaraikan empat perkara yang perlu dinilai semula kerajaan dan pihak pengurusan tertinggi Felda iaitu adakah Felda Global Ventures (FGV) mesti dikekalkan; kewujudan kelompok peneroka yang ‘bersama Felda’ dan ‘tidak bersama Felda’; perancangan strategik mengurangkan beban hutang peneroka yang sebahagiannya mencecah RM100,000; dan nasib Gen 2&3 Felda yang terawang-awangan di rancangan-rancangan Felda.

“Felda ditubuhkan pada tahun 1956, dengan matlamat menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Tanah seluas 508,000 hektar kebanyakannya di tanam sawit dan getah, berjaya menempatkan 112,635 orang peneroka Felda (95 peratus Melayu) di 317 Felda di seluruh negara.

“Pada tahun 1990, ladang (Felda Plantation) seluas 360,000 hektar diwujudkan, ditanam kelapa sawit sebagai sumber pendapatan utama Felda, dengan perolehan lebih RM1 bilion setahun,” ujar Mazlan mengungkap sejarah penubuhan Felda.

Bagi beliau, bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Husein dan Tun Dr Mahathir Mohamad akan dikenang sebagai Perdana Menteri yang cukup berjasa kepada warga Felda apabila menggagaskan penubuhan Felda dan mewujudkan Felda Plantation.

Bagaimanapun, tambah beliau, penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 adalah tragedi hitam yang hampir memusnahkan keselesaan dan kedamaian warga Felda.

Ekoran daripada itu, Felda Plantation yang menyumbang hampir 75 peratus pendapatan Felda telah dipajak kepada FGV selama 99 tahun!

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa AMANAH Nasional membangkitkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim bahawa kerugian pelaburan Felda dalam FGV telah mencecah RM2.06 bilion.

“Ia belum mengambil kira kerugian ditanggung oleh Tabung Haji, KWSP dan KWAP (kerana membeli saham FGV). Ia wang caruman rakyat jelata,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi Felda dari penyenaraian FGV di Bursa Malaysia sedangkan menerusi perjanjian pajakan, FGV perlu membayar Felda RM508 juta setahun.

“Adakah (terma perjanjian ini) disempurnakan?” soal Mazlan.

Beliau turut mempersoalkan ke mana dana RM6 bilion diterima Felda hasil penyenaraian FGV dibelanjakan setelah RM1.7 bilion diagih kepada peneroka menerusi ‘durian runtuh’.

“RM4.3 bilion lagi dilabur ke mana dan apa manfaatnya untuk peneroka Felda? Yang pasti Felda sedang berdepan dengan krisis kewangan yang parah!” ujarnya.

Menurutnya, apabila Perdana Menteri mengumumkan enam insentif buat peneroka yang bernilai lebih RM1 bilion, peruntukan itu datang daripada sumber Felda yang pastinya akan memberi kesan kepada peneroka.

“Justeru Hijrah menuntut perubahan dari kesedaran para peneroka dan masyarakat Felda sendiri. Jangan dibuai dengan keseronokan beroleh RM5,000 tetapi merana sepanjang hayat,” pesan beliau.

Sehubungan itu Mazlan menyeru warga Felda di 54 kerusi parlimen agar melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Amat malang jika kita hanya terhutang budi kerana habuan atau ‘dedak’ yang diberi di musim pilihan raya, sedang derita dirasai lima tahun berikutnya,” ujar beliau.

Felda tambahnya wajib dipulihkan dalam agenda besar menerusi dasar baru yang menyeluruh.
Beliau menggesa generasi baru Felda yang kini menjadi kelompok majoriti melakukan hijrah ke arah yang lebih baik seperti mana dianjurkan Islam.

“Anak muda Felda mesti memimpin perubahan dan memanfaatkan demokrasi berpilihanraya bagi menentukan halatuju negara, khususnya Felda selepas PRU14,” ujarnya.




Demikianlah Artikel Anak gesa Felda berhijrah, lakukan perubahan total

Sekianlah artikel Anak gesa Felda berhijrah, lakukan perubahan total kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak gesa Felda berhijrah, lakukan perubahan total dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/anak-gesa-felda-berhijrah-lakukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :