Anina Sedih Dirinya Semakin Dilupai Dalam PPBM

Anina Sedih Dirinya Semakin Dilupai Dalam PPBM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anina Sedih Dirinya Semakin Dilupai Dalam PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anina Sedih Dirinya Semakin Dilupai Dalam PPBM
link : Anina Sedih Dirinya Semakin Dilupai Dalam PPBM

Baca juga


Anina Sedih Dirinya Semakin Dilupai Dalam PPBM





Anina Saadudin, pemegang nombor keahlian 0000005 dalam PPBM melahirkan rasa sedih kerana dirinya semakin dilupai dalam parti yang berusia satu tahun itu.

“Baru-baru ini saya telah dikeluarkan dari kesemua Whatsapp group kepimpinan tertinggi PPBM dan tiada satu surat rasmi diberikan kepada saya untuk memaklumkan sebab musababnya.

“Jika parti ini gagal bersikap professional dalam pentadbirannya, beritahu saya bagaimana mungkin saya yakin ianya mampu professional dalam mentadbir sebuah kerajaan.

Hari ini majlis ulangtahun pertama penubuhan PPBM. Baru umur setahun, satu-satunya ibu yang mengasaskan parti ini langsung tidak menerima sebarang jemputan ke majlis yang diadakan di Muar, Johor.

“Jika saya dilupakan, beritahu saya bagaimana mungkin saya percaya parti ini akan mengingati begitu ramai insan yang menggerakkan perjuangan ini sejak lebih 2 tahun yang lalu,”katanya dalam Facebook.

Mengimbau kenangannya dalam parti, dia mengakui termakan dengan pujuk rayu untuk menjawat jawatan Ketua Srikandi PPBM, namun disingkirkan tanpa alasan yang munasabah tiga bulan kemudiannya.

“Begitu ramai wanita hebat di seluruh Malaysia, tetapi saya satu-satunya wanita yang dipujuk rayu untuk menjadi Ketua Srikandi PPBM.

‘Begitu cepat dalam tempoh 3 bulan juga saya satu-satunya pemimpin parti yang tidak diperakui angkat sumpah jawatan di hadapan Tun Dr Mahathir Mohammad, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Mukhriz Mahathir serta lebih 30 orang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

“Hanya watikah angkat sumpah saya seorang dari lebih 30 orang itu yang diklasifikasikan sebagai tidak sah oleh pucuk pimpinan parti.

“Maka di hadapan Setiausaha Agung Parti, Mukhriz Mahathir memaklumkan kepada saya bahawa jawatan saya tidak disyorkan oleh Majlis Presiden. Dalam erti kata lain, saya dipecat. Sudah 9 bulan berlalu namun saya masih setia bersama parti,”katanya.

Bukan setakat itu, Anina juga turut mendedahkan dia telah dijatuhkan secara hina dengan fitnah menerima RM 7 juta daripada pihak UMNO tanpa sebarang pembelaan.

“Saya difitnah oleh ahli-ahli parti kononnya menerima RM 7 juta dari UMNO dan PPBM gagal membela saya.

“Jika saya yang berkorban begitu banyak untuk parti juga gagal dibela oleh parti, beritahu saya bagaimana mungkin saya yakin mereka mampu membela 32 juta rakyat Malaysia,”katanya lagi.



Demikianlah Artikel Anina Sedih Dirinya Semakin Dilupai Dalam PPBM

Sekianlah artikel Anina Sedih Dirinya Semakin Dilupai Dalam PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anina Sedih Dirinya Semakin Dilupai Dalam PPBM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/anina-sedih-dirinya-semakin-dilupai.html

Subscribe to receive free email updates: