Anwar ratapi kehilangan Pas, PKR hilang 'pendekar tempur', dakwa portal rasmi Pas

Anwar ratapi kehilangan Pas, PKR hilang 'pendekar tempur', dakwa portal rasmi Pas - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar ratapi kehilangan Pas, PKR hilang 'pendekar tempur', dakwa portal rasmi Pas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar ratapi kehilangan Pas, PKR hilang 'pendekar tempur', dakwa portal rasmi Pas
link : Anwar ratapi kehilangan Pas, PKR hilang 'pendekar tempur', dakwa portal rasmi Pas

Baca juga


Anwar ratapi kehilangan Pas, PKR hilang 'pendekar tempur', dakwa portal rasmi Pas

MALAYSIA DATELINE

Tuan Ibrahim memeriksa perbarisan anggota Jabatan Amal di Muktamar Pemuda Pas Pusat.


Tatkala timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakannya mengadakan rundingan dengan Pas adalah betul ekoran satu kenyataan media yang dikeluarkan penasihat umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pas melalui suara rasmi parti itu terus memperlekehkan parti gabungan Pakatan Harapan (PH) itu.

Sambil menyifatkan Anwar bagaikan meratapi 'kehilangan Pas' dan PKR kehilangan 'pendekar tempur', penulis yang memakai nama pena "Pena Selatan" di ruangan "Fikrah" portal rasmi Pas, Harakahdaily menyifatkan kenyataan media Anwar pada 1 September lalu memperlihatkan keresahan bekas ketua pembangkang itu.

"Dalam hal ini,  Anwar sendiri melihat bahawa Pas bukanlah musuh, namun apa yang terzahir dalam PH sangat berbeza di mana DAP, PAN (Amanah), Bersatu dan (naib presiden PKR) Rafizi (Ramli) sendiri yang acap kali mewakili PKR menjadikan Pas sebagai musuh utama hatta melemparkan tuduhan kepada Pas kononnya mahu bersama Umno.

"Walaupun sebelum ini berulang kali ditegaskan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Pas tidak bersama Umno, begitu juga Pas tidak akan bersama PH kerana secara jelasnya PH tidak menghormati pendirian Pas dan dasar yang dilaksanakan Pas iaitu Islam lebih-lebih lagi semasa Pas membawa RUU55 ke Parlimen di mana PH menentangnya.

"Apatah lagi label-melabel yang dikenakan ke atas Pas oleh anggota pimpinan PH cukup memeritkan malah dengan sengaja menggambarkan Pas seperti mahu bersama Umno BN," tulis Pena Selatan.

Pena Selatan turut mengungkitkan kerjasama Pas dengan PKR sebelum ini yang disifatkan hanya menguntungkan parti itu seperti di kawasan Parlimen Pandan yang ditandingi Rafizi apabila jentera pilihan raya Pas "sarat memikul tanggung jawab melaksanakan tugas berkempen dan sebagainya bagi memenangkan PKR".

"Begitulah juga di kawasan MB Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di mana kawasan yang diwakili beliau sendiri menyedari realiti kekuatan Pas di peringkat bawah yang menyebabkan beliau juga menunjukkan kesungguhan sebelum ini melangsungkan perbincangan lanjut dengan Pas," tulisan Pena Selatan dipetik.

Penulis itu juga mengingatkan bahawa Pas telah memutuskan bahawa tiada lagi kerjasama dengan PKR mahupun PH sebaliknya parti itu kekal di blok ketiga bersama Gagasan Sejahtera dengan Ikatan (Parti Ikatan Bangsa Malaysia) dan NGO.

"Sama-sama kita nantikan lagi debaran kegelisahan Anwar dan PKR menjelang pilihan raya kerana umpama kehilangan pendekar tempur bilamana tiada lagi kerjasama dengan Pas," tulis Pena Selatan



Demikianlah Artikel Anwar ratapi kehilangan Pas, PKR hilang 'pendekar tempur', dakwa portal rasmi Pas

Sekianlah artikel Anwar ratapi kehilangan Pas, PKR hilang 'pendekar tempur', dakwa portal rasmi Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar ratapi kehilangan Pas, PKR hilang 'pendekar tempur', dakwa portal rasmi Pas dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/anwar-ratapi-kehilangan-pas-pkr-hilang.html

Subscribe to receive free email updates: