Judul : Anwar tidak alami kecederaan serius
link : Anwar tidak alami kecederaan serius
Anwar tidak alami kecederaan serius
ANTARAPOSSHAH ALAM: Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Jeyaindran Sinnathurai berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan dua hari lalu.
"Saya sudah periksa dia (semalam) dan keadaan dia stabil. Mungkin esok dia akan dibawa ke hospital atau pakar orthopedik datang periksa hari ini (di penjara).
"Memang keadaan dia tidak begitu serius. Esok tertakluk kepada pakar orthopedik, mungkin dia akan dibawa ke hospital untuk jalankan X-tray dan apa-apa (rawatan) yang perlulah.
"Untuk tahap sekarang ini tidak perlu dibawa ke hospital," katanya sebagaimana memetik laporan The Malaysian Insight.
Pada 22 September lalu, Anwar terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika menaiki kenderaan Jabatan Penjara dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh sekitar jam 12.30 tengah hari.
Jeyaindran memaklumkan Anwar mengalami ketegangan otot di bahagian leher dan tangan namun tidak serius.
Bagaimanapun rawatan lengkap sudah diberikan kepada Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu malah Anwar juga sentiasa menjalani pemeriksaan.
"Hari-hari doktor di penjara periksa dia (Anwar). Dan tadi (pagi) pun saya diberitahu dia stabil dan isterinya (Dr Wan Azizah Wan Ismail) akan lawat dia hari ini.
"Lagipun di penjara pun ada katil hospital dan kemudahan yang cukup. Kalau pakar perlu baru pergi (hospital) tapi saya rasa sekarang tidak perlu," katanya.
Demikianlah Artikel Anwar tidak alami kecederaan serius
Sekianlah artikel Anwar tidak alami kecederaan serius kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar tidak alami kecederaan serius dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/anwar-tidak-alami-kecederaan-serius.html