Judul : Bank Rakyat gesa 201,077 mahasiswa tuntut KADS1M Debit-i
link : Bank Rakyat gesa 201,077 mahasiswa tuntut KADS1M Debit-i
Bank Rakyat gesa 201,077 mahasiswa tuntut KADS1M Debit-i
ANTARAPOKUALA LUMPUR: Seramai 201,077 mahasiswa dilaporkan belum mengambil Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Debit-i.
Sehubungan itu Bank Rakyat menggesa pelajar yang terlibat menuntut kad berkenaan sebelum tarikh tutup pada 30 September ini.
Bank Rakyat, dalam satu kenyataan, memaklumkan mahasiswa yang belum mengambil kad diskaun itu boleh berbuat demikian dengan mengunjungi cawangan terpilih dan membawa kad pengenalan serta kad pelajar.
"Bagi memudahkan urusan pengambilan KADS1M Debit-i, Bank Rakyat telah melanjutkan operasinya sehingga jam 8.30 malam pada Isnin hingga Jumaat di semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu.
"Bagi Kelantan dan Terengganu, pelajar boleh berurusan pada hari Ahad hingga Khamis sehingga jam 8.30 malam.
"Mahasiswa boleh menyemak status permohonan masing-masing di laman sesawang korporat Bank Rakyat di http://ift.tt/2rG3Wwh," menurut kenyataan itu.
Sehingga 20 Sptember lalu, seramai 710,830 KADS1M Debit-i telah dituntut daripada Bank Rakyat oleh mahasiswa yang layak menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT).
Demikianlah Artikel Bank Rakyat gesa 201,077 mahasiswa tuntut KADS1M Debit-i
Sekianlah artikel Bank Rakyat gesa 201,077 mahasiswa tuntut KADS1M Debit-i kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bank Rakyat gesa 201,077 mahasiswa tuntut KADS1M Debit-i dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/bank-rakyat-gesa-201077-mahasiswa.html