BN P.Pinang bidas DAP gagal kembalikan rumah warisan persatuan Cina

BN P.Pinang bidas DAP gagal kembalikan rumah warisan persatuan Cina - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN P.Pinang bidas DAP gagal kembalikan rumah warisan persatuan Cina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN P.Pinang bidas DAP gagal kembalikan rumah warisan persatuan Cina
link : BN P.Pinang bidas DAP gagal kembalikan rumah warisan persatuan Cina

Baca juga


BN P.Pinang bidas DAP gagal kembalikan rumah warisan persatuan Cina

THE MALAYSIAN TIMES
 


GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini membidas kerajaan negeri pimpinan DAP kerana tidak menunaikan janji untuk mengembalikan rumah warisan masyarakat Cina di Love Lane di sini, yang diambil daripada Persatuan Klan Cina Pulau Pinang (PCCA) pada 2012.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan PCCA sebelum ini mencapai satu persefahaman berhubung pemilikan bangunan warisan tersebut susulan kegagalan PCCA melunaskan cukai tanah berjumlah RM20,000.

“Melalui persefahaman itu PCCA hendaklah membenarkan kerajaan negeri mengambil rumah warisan itu terlebih dahulu di bawah Kanun Tanah Negara atas kegagalan membayar cukai tanah dan kemudian bangunan dua tingkat rumah kedai berkenaan akan diberi milik semula kepada PCCA.

“Ketika itu (2012) PCCA bukan tidak mampu bayar cukai tanah tertunggak kira-kira RM20,000 tetapi kerajaan negeri melalui seorang Exconya berjanji untuk ambil rumah warisan itu bagi mengelak beberapa prosedur undang-undang yang rumit dan janji nak serah semula selepas itu, kononnya bagi membantu persatuan itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah berkenaan di Love Lane di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Tan Teik Cheng dan beberapa pemimpin komponen BN antaranya daripada Gerakan.

Akhbar sebelum ini melaporkan PCCA memohon pertukaran hak milik rumah bersejarah beralamat Nombor 50, Love Lane itu daripada kerajaan DAP Pulau Pinang bagi memastikan budaya dan sejarah kaum Cina di rumah berkenaan dipelihara demi kepentingan generasi akan datang.

Teng berkata sehingga hari ini kerajaan negeri bukan sahaja gagal menunaikan janji dan tidak mengembalikan rumah warisan itu tetapi turut meminta PCCA membuktikan bahawa mereka adalah waris pemilik bangunan berkenaan jika mahu ia dikembalikan.

Katanya pihak PCCA telah mengadakan beberapa pertemuan dengan kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian namun kerajaan negeri enggan menyerahkan semula rumah tersebut selagi PCCA tidak mengemukakan dokumen pemilikan.

Menurutnya rumah dan tanah tersebut adalah atas nama empat pemegang amanah terawal yang telah meninggal dunia dan PCCA gagal membuktikan mereka adalah waris sah.

“Kami cuma bimbang rumah warisan itu dijual kepada syarikat pemaju kerana ia terletak di lokasi strategik serta memang menjadi tumpuan pelancong terutama pelancong asing,” katanya, menambah BN Pulau Pinang akan bekerjasama dengan PCCA untuk mendapatkan kembali rumah warisan masyarakat Cina tersebut.–Bernama



Demikianlah Artikel BN P.Pinang bidas DAP gagal kembalikan rumah warisan persatuan Cina

Sekianlah artikel BN P.Pinang bidas DAP gagal kembalikan rumah warisan persatuan Cina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN P.Pinang bidas DAP gagal kembalikan rumah warisan persatuan Cina dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/bn-ppinang-bidas-dap-gagal-kembalikan.html

Subscribe to receive free email updates: